"Decoupage Giveaway by Mummy Ayu"

Assalammualaikum...



klik pada banner

RESEPI KUIH LAPIS YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Hari itu masa buat biskut raya ada lebihan tepung beras. So ida terfikir nak masak apa guna tepung beras ni, Godek-godek resepi dalam Facebook jumpa resepi kuih lapis ni. Kita kan memang suka makan kuih lapis ni. Kalau zaman dulu Ida suka makan selapis-selapis.hehehe




So jom cuba jenguk resepi kuih lapis yang mudah ni

RESEPI KUIH LAPIS YANG MUDAH

Bahan-bahan :


  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil ( ida letak sekotak kecil tu, rasa berlemak lagi )
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula ( ida kurangkan, taknak manis sangat )
  • 1 sudu teh garam
Cara-caranya:

1. Blender je semua bahan-bahan kat atas.

2. Asingkan kepada 2 bahagian. Satu adunan putih dan satu adunan lagi letak pewarna merah.( korang nak pelbagaikan warna pun boleh ).

3. Oles bekas dengan minyak supaya tak melekat nanti dan mudah untuk dipotong

4. Kukus selapis-selapis selama 7 minit. Lapisan terakhir biarkan kukus selama 20 minit.

5. Dah sejuk keluarkan dan boleh dimakan.


Serius sedap berlemak!



SELAMAT MENCUBA!

"Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"

Assalammualaikum..

klik pada banner

Syarat penyertaan Giveaway

1. Follow blog Airah Syahirah. (Widget followers ada dekat sidebar)
2. Follow facebook page Airah Syahirah Blogger
3. Follow instagram @shesyeeraa
4. Copy banner dan buat satu entry bertajuk "Skin Care Giveaway by Airah Syahirah"(Backlink kan banner okay)
5. Tinggalkan link entry dekat bahagian komen

12 HEALTHY EATING HABITS THAT WORK!

Assalammualaikum...

12 HEALTHY EATING HABITS THAT WORK!



  1. Eat food you enjoy
  2. Portian size is the key
  3. Pack your lunch
  4. Choose protein and fiber on your meal
  5. Go Mediterranean
  6. Don't drink calories
  7. Give yourself options
  8. Don't grocery shop hungry
  9. Get a good night's sleep
  10. Eat breakfast. Don't skip!
  11. Avoid diet drinks (mostly have sugar hidden)
  12. Don't eat snack after dinner

DIY: RAK KAYU

Assalammualaikum...

Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik untuk tulis menulis. Nak dijadikan kisah Ida ada kayu lama yang tempat letak katil. Kalau uolls tahu katil kayu lama ada alas kayu kat bawah tilan tu kan. Katil tu pemberian orang so katilnya dah patah tinggal alasnya yang masih ada.



Ikutkan alas katil kayu tu sepatutnya Ida nak jadikan sebagai alas untuk buat taman tanaman kat belakang rumah. Al maklumkan rumah takde tanah so kena buat alternatif lain.

Disebabkan asyik plan tak menjadinya, risau kayu kat belakang tu dah mula mereput. Ida ada idea untuk buat jadi rak kayu untuk letak barang.

So bermulalah cerita Ida angkat semua kayu tu dan pecahkan pada kayu-kayu kecil. Jadi mulalah mengukur nak buat besar mana. Lepas tu beli cat hitam, paku dan kertas pasir untuk mulakan projek.

Kayu yang dah diukur Ida potong guna gergaji yang dipinjamkan oleh jiran.hahaha. Selepas dah siap memotong kayu tu Ida gosoklah guna kertas pasir nak bagi kayu tu bersih dan licin. Al maklumlah kayu lama, so ada retak sikit.


Dah siap bersihkan semua kayu, mulalah proses mengecat. Ida gunakan cat kayu berwarna hitam. Kenapa hitam? Sebab mudah nak match dengan dinding rumah.hehehe


Selepas dibiarkan kering semalaman, mulalah proses menukul Peh..ni mencabar, sebabnya takde orang nak tolong pegangkan kayu. So mulalah senget sana sini, paku tu dah berapa banyak bengkok ku kerjakan.

rak gantung periuk dan letak bekas bawang serta minyak


rak kecil untuk letak bahan masak sebelah dapur


rak untuk letak bahan laundry di luar


Dah selesai semua tu inilah hasilnya. Mulanya nak buat 2 rak sahaja, sekali sampai 3 rak kayu plak. Habis kayu ku kerjakan. Yang lain kayunya dah tak cantik, mulalah nak reput. Ok lah kan. Jimat nak beli kat kedai, rak kayu ni boleh adjust ikut saiz yang kita nak.

Uolls kalau ada kayu dekat rumah, jangan buang. Simpan dulu mana tahu ada idea nak buat diy macam ni jugak kan.

MASKER SHAKLEE : YOUTH

Assalammualaikum...

Mungkin ramai yang tak tahu produk skincare Youth Shaklee telah keluarkan produk bari iaitu masker. Ada 2 jenis masker iaitu Purifying Clay Mask dan Hydrating Gel Mask


Youth Masker ni sememangnya direka untuk membantu menangani masalah kulit dengan menawarkan banyak nutrien yang bermanfaat kepada kulit supaya kita kelihatan lebih muda dan jelita. 

Jom kita jenguk sikit detail produk masker ni okay!


Purifying Clay Mask

Detoks dan Membersihkan


Fungsinya :

1. Menyahtoksikan dan membersikan kulit dengan campuran 3 jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.

2. Menyerap dan menyingkirkan bahan pencemar, kotoran, dan sebum berlebihan untuk membantu meminimumkan penampilan liang pori, kulit yang lebih licin.

3. Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis berjerawat.

Hydrating Gel Mask

Mengembalikan Seri Wajah


Fungsinya :

1. Melegakan dan menyegarkan kulit agar sentiasa segar dan berseri.

2. Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan gabungan pelbagai herba seperti Cantella Asiatica dan ekstrak Chamomile.

3. Sesuai untuk kulit kering

Jadi apa kata korang cuba pula menggunakan Youth Masker ni. Seminggu sekali nak pakai pun dah ok.

Klik di sini untuk pembelian dengan segera
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

HEALTH QUOTES 12#

Assalammualaikum...




" Nothing is more valuable than education. Nothing is more important than health "

~ Dr T.P Chia

RESEPI KEK MARBLE YANG MUDAH

Assalammulaikum...

Pada Hari Raya baru-baru selepas balik kampung tu Ida ada buat sedikit kek atas permintaan anak-anak yang asyik berbunyi suruh buat kek. Ida ni lebih suka kek yang simple dan tak comot bila makan. hehehe. So terjadilah kek marble ni.

Resepi kek ni Ida ambil dalam google rasanya dan buat masa ni resepi die memang sedap. Kadang sebiji kek tu boleh habis dalam masa 2 hari sebab lembut.



Jadi di sini Ida kongsikan Resepi Kek Marble yang mudah

RESEPI KEK MARBLE YANG MUDAH


Bahan-bahan:

  • 1 cawan planta ( ida guna jenama Pelangi )
  • 3/4 cawan gula castor
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar serbuk koko ( asingkan dalam adunan lain )




Cara-caranya:

1. Adunkan planta dan gula sehingga sebati dan naik putih gebu.

2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla + susu pekat.

3. Masukkan tepung dan baking powder.

4. Asingkan adunan untuk warna koko atau warna lain. Ida olah sikit warna die buat ada warna lain sikit. Ikutkan kek marble selalunya koko dan putih sahaja.

5. Letakkan sedikit planta pada bekas kek untuk dibakar dan tuangkan adunan selang seli.

6. Buat corak pada atas kek ikut kretiviti korang.

7. Bakar pada suhu 170c selama 45 minit (ikut pada oven masing-masing ). Ida suka bau die macam garing sikit.

8. Dah siap bakar boleh la makan


SELAMAT MENCUBA!

MOOD KEMBALI BERBLOGGING

Assalammualaikum...

Dah beberapa bulan Ida tak update blog. Ntah la tiba-tiba jadi hilang mood nak menulis. Tak ada idea nak menulis. Banyak perkara agaknya nak memikir dalam otak ni. Tapi tak boleh lama-lama. Kang freeze plak otak aku ni.


Jadi Ida bedoa agar mood berblogging ni terus kembali konsisten macam dulu. Dulu struggle giler nak naikkan view blog ni. Takkan sekarang nak give up kan. Tak nak la sampai bertahun-tahun usaha nak biarkan macam tu sahaja.

So rakan-rakan bagi semangat sikit eh supaya Ida teruskan berblogging macam dulu.

Chaiyok!!