RESEPI KUIH LAPIS YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Hari itu masa buat biskut raya ada lebihan tepung beras. So ida terfikir nak masak apa guna tepung beras ni, Godek-godek resepi dalam Facebook jumpa resepi kuih lapis ni. Kita kan memang suka makan kuih lapis ni. Kalau zaman dulu Ida suka makan selapis-selapis.hehehe




So jom cuba jenguk resepi kuih lapis yang mudah ni

RESEPI KUIH LAPIS YANG MUDAH

Bahan-bahan :


  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil ( ida letak sekotak kecil tu, rasa berlemak lagi )
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula ( ida kurangkan, taknak manis sangat )
  • 1 sudu teh garam
Cara-caranya:

1. Blender je semua bahan-bahan kat atas.

2. Asingkan kepada 2 bahagian. Satu adunan putih dan satu adunan lagi letak pewarna merah.( korang nak pelbagaikan warna pun boleh ).

3. Oles bekas dengan minyak supaya tak melekat nanti dan mudah untuk dipotong

4. Kukus selapis-selapis selama 7 minit. Lapisan terakhir biarkan kukus selama 20 minit.

5. Dah sejuk keluarkan dan boleh dimakan.


Serius sedap berlemak!



SELAMAT MENCUBA!

Post a Comment

38 Comments

  1. Berhantu betul la posting kak Nurul ni...terus saya request wife buat kek lapis untuk petang nanti :) wife sangat terer buat kek lapis ni...maklumlah wife orang Sarawak dan membesar dengan kek lapis :)

    ReplyDelete
  2. Laaaa.. Mudah je rupanya buat dia yerk. Bahan pun senang je. Alahai. Semua tu ada je kat umah.
    Nanti nak try la. Tp kan boleh ke buat masuk bekas plastik putih tu.. X pernah kukus dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh je. nanti letak minyak sikit sapu takut die melekat

      Delete
  3. kuih feveret kita ni..anak-anak pun suka..lama dah tak buat..
    kena cari mood dulu nak mengukus.hihi

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan kuih lapis ini. Insha Allah, lepas ini boleh buat sendiri hehe

    ReplyDelete
  5. la senang je nak buat. BBL tahu makan je selama ni. kuih ni memang sedap bila makan waktu pagi atau minum petang dengan teh o panas. mesti ramai ibu-ibu akan cari resepi ni.

    ReplyDelete
  6. Sedapnye kuih lapis, paling tak rajin nak buat tapi rupanya mudah sahaja, bolehlah dicuba nanti tq resepi

    ReplyDelete
  7. senang dan sedap. anak-anak memang suka kuih ni...cuma rasanya nak masak kuih tradisi ni kita kena banyak bersabar,,,sebab nak bakar lapis by lapis kan

    ReplyDelete
  8. weyyyyyy.. mudah nya !! teringin nak buat kuih2 tradisi ni tapi tu lah tu.. tak de sape nak makan.. hee~ kita beli jek la ye..

    ReplyDelete
  9. Senang je rupanya nak buat. Thanks you share resipi!

    ReplyDelete
  10. Ini lah resipi yang kita gunakan tahun lepas masuk contest boleh menang lak tu hehehehe tapi kita ubah sikit lah bagi jagi menarik dan cantik. But senang nak buat cuma remeh nak memasak jer hehehehe

    ReplyDelete
  11. Therbaik la... Jarang nak jumpa kuih kuih traditional ni. Dan lagi jarang nak jumpa org share resepi kuih kuih lama mcm ni.

    Mat Drat pun suka kuih ni.

    ReplyDelete
  12. kuih lapis nie sy suka makan satu persatu lapisan. hahahhaa. senang je rupanya nak buat. nampak macam rumit sebabnya nak kena buat lapisan demi lapisan. tapi nanti nak cuba jugaklah buat. kuih feveret nie

    ReplyDelete
  13. Marsha suka makan kuih lapis tapi tak pernah buat sendiri lagi. Nanti boleh cuba buat sendiri

    ReplyDelete
  14. Masa kecik-kecik suka makan kuih lapis ni. Tapi dah tua2 jarang nak makan, anak-anak pula yang makan. Paling seronok dok buka satu satu lapi. Haha.

    ReplyDelete
  15. kuih feveret ni..kita suka..hehehe..la senang juga buat kuih ni erk..boleh cuba ni..hehehe..suka makan satu lapis, satu lapis..hehee

    ReplyDelete
  16. Kuih feveret ayah saya ni. Keman2 mesti cari kuih ni. Masa kecik2 pun suka makan tarik satu2 lapis. hahaha. Boleh try buat kot. Tak mcm susah sgt. Thanks share resepi

    ReplyDelete
  17. Owh! That's how u make it! Thanks for sharing, it's a really good recipe to keep!

    ReplyDelete
  18. nampak mudah sangat nk buat ni. boleh cuba kalo ada kerajinan..hehe

    ReplyDelete
  19. I dont know what about this blog is and in which language, if anybody searching for health related site then here it
    CLICK HERE http://tophealthworlds.com

    ReplyDelete