DIY: RAK KAYU

Assalammualaikum...

Alhamdulillah syukur diberi kesihatan yang baik untuk tulis menulis. Nak dijadikan kisah Ida ada kayu lama yang tempat letak katil. Kalau uolls tahu katil kayu lama ada alas kayu kat bawah tilan tu kan. Katil tu pemberian orang so katilnya dah patah tinggal alasnya yang masih ada.



Ikutkan alas katil kayu tu sepatutnya Ida nak jadikan sebagai alas untuk buat taman tanaman kat belakang rumah. Al maklumkan rumah takde tanah so kena buat alternatif lain.

Disebabkan asyik plan tak menjadinya, risau kayu kat belakang tu dah mula mereput. Ida ada idea untuk buat jadi rak kayu untuk letak barang.

So bermulalah cerita Ida angkat semua kayu tu dan pecahkan pada kayu-kayu kecil. Jadi mulalah mengukur nak buat besar mana. Lepas tu beli cat hitam, paku dan kertas pasir untuk mulakan projek.

Kayu yang dah diukur Ida potong guna gergaji yang dipinjamkan oleh jiran.hahaha. Selepas dah siap memotong kayu tu Ida gosoklah guna kertas pasir nak bagi kayu tu bersih dan licin. Al maklumlah kayu lama, so ada retak sikit.


Dah siap bersihkan semua kayu, mulalah proses mengecat. Ida gunakan cat kayu berwarna hitam. Kenapa hitam? Sebab mudah nak match dengan dinding rumah.hehehe


Selepas dibiarkan kering semalaman, mulalah proses menukul Peh..ni mencabar, sebabnya takde orang nak tolong pegangkan kayu. So mulalah senget sana sini, paku tu dah berapa banyak bengkok ku kerjakan.

rak gantung periuk dan letak bekas bawang serta minyak


rak kecil untuk letak bahan masak sebelah dapur


rak untuk letak bahan laundry di luar


Dah selesai semua tu inilah hasilnya. Mulanya nak buat 2 rak sahaja, sekali sampai 3 rak kayu plak. Habis kayu ku kerjakan. Yang lain kayunya dah tak cantik, mulalah nak reput. Ok lah kan. Jimat nak beli kat kedai, rak kayu ni boleh adjust ikut saiz yang kita nak.

Uolls kalau ada kayu dekat rumah, jangan buang. Simpan dulu mana tahu ada idea nak buat diy macam ni jugak kan.

Post a Comment

48 Comments

  1. ya Allah rajinya... seronok tgk org buat diy ni..

    ReplyDelete
  2. rajinnya! Bila ada rak kayu untuk letak semua barang ni nampak kemas dan tersusun je. Warna cat rak kayu tu pun menarik. Tak mudah kotor.

    ReplyDelete
  3. Kerja DIY ini sangat seperti my mum. Dia memang suka bertukang sebegini dan dulu, kami selalu jadi peneman untuk pegang kayu, beli paku dan cat perabot. Good job buat DIY - senang nak sesuaikan dengan keperlukan sendiri kan.

    ReplyDelete
  4. DIY lebih menjimatkan duit, dan spend masa bersama-sama famili di dalam membuat kerja. Terbaik hasil kerja. :)

    ReplyDelete
  5. Terbaik la Ida. Tercabar lelaki baca ni. Mat Drat tak jadi nak buang kayu alas katil kat rumah ni, kena buat rak jugak Nampaknya. He he he

    ReplyDelete
  6. Power lah Ida! Girls power! Nad kalau datang idea nak buat camni pun, taktau la ada kekuatan tak nak potong kayu tu pastu nak paku lagi ish. Bila fikir je dah boleh buat terbantut niat. Hebat kak Ida! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes power of girl..jangan kata perempuan bertubuh kecil tak boleh buat kan

      Delete
  7. Seronok buat benda DIY ni, taniah sebab you boleh buat sorang. Power lah, I nak buat macam ni jugak tapi kerajinan tu tak ada. Selalunya mesti buat separuh jalan lepas tu suami sambung. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...usaha jugaklah sampai menjadi..sampai berpeluh2

      Delete
  8. Wah hebat juga buat diy macam ni, and the racks looks very tahan lasak then those yang kita beli kat kedai.

    ReplyDelete
  9. Wah kreatifnya! Suka tengok org kreatif buat perabut menggunakan kayu ni. Cantik dan yang penting puas hati kan. Nk kene belajar ni. hehehe

    ReplyDelete
  10. rajinnya. kreatif pulak tu. senang diy ni. ikut citarasa kita. lepas tu lebih murah dari beli yang dah siap. boleh la nnti cuba jugak idea ni. tak payah nak beli rak dah. heheh

    ReplyDelete
  11. Rajinnya. Jimat duit kalau DIY nie. Teringin nak berDIY tapi myra tak kreatif.

    ReplyDelete
  12. Wah kreatifnya DIY sendiri semua rak untuk dapur & rumah. Tak payah beli kan memang jimat. Lagi teratur

    ReplyDelete
  13. Kreatifnya. Bagus sebab dapat lihat
    Manfaat barangan terbuang menjadi sesuatu yang lebih berfaedah. Dapat 3 rak bukan biashe biashe heheh

    ReplyDelete
  14. seronok dapat buat DIY barang2 especially perabot dan sebagainya. saya kalau ada kelengkapan bengkel asas yang lengkap saya dh buat macam-2

    ReplyDelete
  15. kemas bila ada rak... yang penting diy sangat menjimatkan...

    ReplyDelete
  16. Kreatif betul siap DIY sampai 3 rak. Bagus lah, kayu tak membazir dari rosak. Pastu, jimat kos. Klu beli dah berapa tu setiap satu rak. Terbaik

    ReplyDelete
  17. rajin dan kreatif nih , saya kalau buat mau hari2 tenung sebab bangga dengan hasil kerja tangan sendiri

    ReplyDelete
  18. Wah kreatifnya diy sendiri ya.. Rajin betul buat benda2 ni.. Kita takde masa lagi nak buat.. InsyaaAllah akan datang ke kan ..

    ReplyDelete
  19. Seronoknya buat diy macam ni. Guna barang terpakai tak ada membazir duit lepastu cantik je. Airah minat juga nak guna barang lama ni tapi tak ada masa husband nak tolong buatkan

    ReplyDelete
  20. Such a cute diy wood rack that you have made! This is convenient and can put alot of products after you build it.

    ReplyDelete
  21. Mommy ni suka DIY! Bagusnya! Mesti anak2 pun menghargai apa yang dah buat sekali kan. Mouse mommy pun turut seronok tengok ni!

    ReplyDelete
  22. hebatnya buat sendiri...kalau dekat bolehlah upah awak buatkan satu utk kita hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah,,,tidaklah terima tempahan orang. takut tak menjadi..hehe

      Delete