Pada Hari Raya baru-baru selepas balik kampung tu Ida ada buat sedikit kek atas permintaan anak-anak yang asyik berbunyi suruh buat kek. Ida ni lebih suka kek yang simple dan tak comot bila makan. hehehe. So terjadilah kek marble ni.
Resepi kek ni Ida ambil dalam google rasanya dan buat masa ni resepi die memang sedap. Kadang sebiji kek tu boleh habis dalam masa 2 hari sebab lembut.
Jadi di sini Ida kongsikan Resepi Kek Marble yang mudah
RESEPI KEK MARBLE YANG MUDAH
Bahan-bahan:
- 1 cawan planta ( ida guna jenama Pelangi )
- 3/4 cawan gula castor
- 3 biji telur
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar serbuk koko ( asingkan dalam adunan lain )
Cara-caranya:
1. Adunkan planta dan gula sehingga sebati dan naik putih gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla + susu pekat.
3. Masukkan tepung dan baking powder.
4. Asingkan adunan untuk warna koko atau warna lain. Ida olah sikit warna die buat ada warna lain sikit. Ikutkan kek marble selalunya koko dan putih sahaja.
5. Letakkan sedikit planta pada bekas kek untuk dibakar dan tuangkan adunan selang seli.
6. Buat corak pada atas kek ikut kretiviti korang.
7. Bakar pada suhu 170c selama 45 minit (ikut pada oven masing-masing ). Ida suka bau die macam garing sikit.
SELAMAT MENCUBA!
44 Comments
Lihat dari gambar je pun dah nampak sedap...Kena kek ni hujan-hujan sambil ada air tea panas..perghhh
ReplyDeletebetul tu...hahah
Deleteaida ni x pandai buat kek, ida.
ReplyDeletepernah buat, x menjadik! hu hu hu hu...
selalu ngap kek dibuat oleh kakak.
dia memang perfect when it comes to kek :)
anyway, resepi mudah je. mcm nak try hi hi hi hi...
ida lebih suka cari resepi mudah..tak suka banyak2 kerja..alhamdulillah wt masa ni menjadi
Deletenice sharing (thumbs-up)
ReplyDeleteMarble kek ni memang kegemaran Kekza & anak.. Sekali hadap licinnnm😆
ReplyDeleteThanks share resipi mudah ni. Nanti boleh cuba!😻
betul tu..sekali hadap licin..tu kena kontrol sikit..hehe
Deletewah mudah betul ni... nk try lah... anyway ini pertama kali sis datang sini.. done followw... ada masa jemput singgah n followback ye.. terima kasih =D
ReplyDeletetq singgah sini
DeleteSedapnya nampak kek marble ni. Febret umi tau. Resepi yang dikongsi pun mudah je. Nak raya haji dah ni. Boleh la saya gunakan resepi ni untuk hidangan tetamu. Terima kasih sebab kongsi. Halalkan ya
ReplyDeleteyup..cuba lah
DeleteNampak pun sedap. Mudah jer rupanya nak but kek marble ni ya. Ingat nak cuba buat sekali untuk anak-anak
ReplyDeletememang senang
DeletePlanta jenama Pelangi?. Planta tu pun dah jenama. Maksud sis mentega jenama Pelangi eh?. Nampak mudah je nak buat. Kalau rajin boleh cuba. Memang suka kek marble.
ReplyDeletemaksudnya mentega la..jenama pelangi. bukan buku2 macam tu. dalam plastik..selalu org kedai burger guna ni..memang wangi. tahan lama
Deleteterima kasih atas perkongsian resepi ni. selalu jugak saya craving nak makan kek, tapi nak buat sendiri memang tak reti. selalu beli dekat kedai je. haha bolehlah nak try lepas ni :)
ReplyDeletecubalah..mana thu lebih sedap dari kedai..hehe
DeleteSaya suka sangat Marble cake. 1st time tengok recipe pink Marble cake. Menarik dan nampak sedap. Nanti nak cuba weekend LA. Thank you for sharing ya
ReplyDeletesure,,,cubalah nanti
Deletedah lama tak makan kek marble. sedap kalu buat sendiri kek marble ni. makan panas-panas lepas siap tu fuh craving terus. Mak BBL pun rajin buat kek ni sebab simple & mudah je sebenarnya. ni mesti ramai suri rumah google resepi ni nanti
ReplyDeleteyup..makan panas2 sedap..
DeleteSedapnya kek marble, dah lama Nad tak makan. Kalau cake yang kering camni boleh habis dalam masa 2 hari memang lembut betul lah tu. Nad tak pernah try lagi baking. Kalau kuih rasa atau menu yang simple simple tu reti la hehe.
ReplyDeletebetul,,ida pun suka simple2..
DeleteSaya suka kek marble. Thank you for the recipe. Will try soon.
ReplyDeletesure..mesti cuba tau
DeleteDah terbaca article ni kena save dululah. nanti nak cuba. hope menjadilah orang bujang macam saya ni buat kek. huhu
ReplyDeletemesti cuba...mana tahu tangan org bujang lagi sedap
DeleteMacam senang je resipi ni. Macam senangla.. Kena cuba ni.. Harap2 jadi dan anak suka..
ReplyDeleteyup memang senang
DeleteStress tengok orang buat kek. Sebab rumah kita takde oven, so tak boleh nak baking. Tengok la sebulan dua lagi ada rezeki nak beli oven.
ReplyDeleteboleh try kukus jugak..tapi ida suka bakar sebab nak ada rasa crunch sikit tepi die
Deletetengok orang buat, adoi pandai nya..sedapnya..kita teringin nak buat tapi adoii bila nak datang rajinnya..hahaa..
ReplyDeletesila la cari kerajinan tu..hehe
DeleteNampak senang je buat, nanti boleh le cuba..hehehe. Jadi tak jadi belakang cerita, janji nak mencuba resepi baru sebab x pernah buat.
ReplyDeletebetul..tu belakang citer..haha
DeleteBolehlah cuba buat kek marble ni. kek marble kalau kena pada resepi, bukan setakat lawa, sedap pun ye. thank you share resepi
ReplyDeleteyup...welcome
DeleteActually nak buat kek bukan susah kan, kalau rajin semua ok. I pun nak try buat kek for my anak buah punya bday.
ReplyDeleteye btul tu..tak susah pun kalau ada kerajinan..hehe
Deletesedapnya..anak-anak suka sebab kalerful :-)
ReplyDeleteyes! nampak menarik anak2 nk makan
DeleteDulu masa sekolah pernah juga try buat. Memang best dan senang tpi now dh lupa cara buat. Thanks share. Terus rasa nk buat kek marble
ReplyDeletepas balil kerja nnti. hehehe
welcome...cubalah nanti
DeleteSedapnya terliur kita tengok. Memang simple je resepinya kan. Esok kena beli bahan buat laa
ReplyDelete