Pages

Wednesday, January 9, 2019

MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 4

Assalammualaikum...

Kali ni Ida sambung lagi cerita hari tu setelah kami sudah tiba di kota Madinah al Munawwarah.




MY UMRAH JOURNEY


Hari Khamis (13 disember 2018)

Hari ni kami akan melakukan ziarah dalam iaitu melawat Makam Rasulullah dan Raudhah serta Perkuburan Baqi' bagi kaum lelaki. 

pintu masuk jemaah wanita ke Raudhah di antara pintu 24 & 25


bawah kubah hijau tu merupakan makam Rasulullah dan para sahabatnya

mutawwifah 


Jemaah lelaki akan pergi bersama mutawwif Ustaz Husnan dan kami jemaah perempuan akan bersama mutawwif wanita yang juga dari Indonesia. Macam biasa aktivit ziarah kami memang akan berkumpul awal dalam 7 pagi iaitu selepas sarapan. Selalunya memang agak lewat biasalah berapa ramai orang nak makan kat dewan makan tu.


Untung orang lelaki sebab bila-bila masa boleh melawat masuk ke dalam Raudhah, bukan seperti kaum wanita. Ada masa yang tertentu. Dengan mutawwif kami akan berkumpul dalam kumpulan beratur sambil menunggu guard wanita kat sana memanggil kami masuk. Tapi biasalah ada juga jemaah wanita dari negara lain akan merempuh masuk je tanpa beratur.

Alhamdulillah walaupun ramai dan bersesak, kami sempat melakukan sunat tahiyatul masjid, sunat dhuha, sunat taubat dan hajat. Di Raudhah ni salah satu tempat yang korang doa insyaallah memang akan dimakbulkan. Jadi buatlah solat taubat dan hajat banyak-banyak bagi mereka yang berpeluang untuk masuk.

Hari Jumaat (14 disember 2018)

Alhamdulillah kami berpeluang lagi untuk menunaikan solat Jumaat di tanah suci. Hari tu di kota Mekkah kali ini di Masjid Nabawi, Kota Madinah. Tapi Ida tak berkesempatan melakukan solat Jumaat di sini atas masalah tertentu. Rasa rugi sangat-sangat. 


sahabat baru, Kak Maz yang jumpa di masjid menunggu bersama-sama untuk masuk ke Raudhah

Kemudian korang boleh la shopping lagi di Kota Madinah ni. Harganya lebih kurang jugak di Mekkah tapi kalau rajin akan jumpa barang dengan harga yang lebih murah. Kalau boleh pergi ke pasar di sana. Memang murah. Keluar dari pintu masuk Masjid Nabawi tu, sebelah kiri korang terus je. Akan nampak pasar yang ramai orang sebelah kiri. Ada juga jual jubah 4 helai 100 riyal sahaja.

Hari Sabtu (15 disember)

Hari ni ziarah luar madinah dan juga ziarah kami yang terakhir di kota suci. Di Madinah memag tak lama berbanding berada di Kota Mekkah.

Hari ni kami akan ke Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Jabal Uhud & Maqam Penghulu Syuhada', Ladang Kurma/ Pasar Kurma serta tempat medan Peperangan Khandaq.

Sebelum perjalanan ke Masjid Quba', pastikan korang dah berwudhuk ye.

" Sesiapa yang berwudhuk daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid Quba' dan bersolat didalamnya,baginya ganjaran pahala seperti menunaikan umrah "

Ringkasan sejarah Masjid Quba'


Masjid Quba adalah masjid yang pertama didirikan oleh Nabi Muhammad SAW saat hijrah dari Mekkah ke madinah. Masjid Quba terletak sekitar 2.3 km arah selatan Masjid Nabawi, dan terletak di dekat perkebunan kurma. Dahulunya area masjid Quba adalah rumah Kaltsum ibn al Hidam, dari Bani Amru ibn Auf Ibn Malik ibn Al Aus.


Dalam sejarah, diriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW, selama di Madinah setiap hari sabtu selalu datang ke Masjid Quba, sama ada berjalan kaki atau pun dengan menunggang unta, kemudian solat 2 rakaat di sana. Masjid Quba selalunya ramai didatangi oleh jwmaah Haji atau jemaah Umrah untuk berziarah, terutamanya pada hari sabtu.




Di sini korang boleh lakukan solat sunat seperti biasa. Sini nak keluar masuk die bersesak. Kadang ada jemaah yang tak tahu bertolak ansur, nasib la Ida tak jatuh sebab masing-masing tak nak bersabar. Kesian kat makcik-makcik yang dah berusia. Ida tahan badan diorang takut jatuh walaupun badanku ni kecik je.hahaha

Selepas itu jom kita tahu sikit tentang Masjid Qiblatain atau dikenali dengan nama Masjid 2 kiblat.

Sejarah Masjid Qiblatain


sumber :  google

Masjid Qiblatain adalah masjid yang memiliki dua kiblat dan terletak di Madinah. Masjid ini mula mula dikenal dengan nama Masjid Bani Salamah, karena masjid ini dibangun di atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya Di Quba, tepatnya di atas sebuah bukit kecil di sebelah utara Harrah Wabrah, Madinah atau tepi jalan menuju kampus Universitas Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq .


Pada awal dakwah Rasulullah ﷺ, umat Islam shalat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis atau Masjidil Aqsha di Palestin. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah ﷺ untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.


Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu dhuhur, Rasulullah ﷺ dan beberapa sahabat datang ke Bani Salamah untuk menenangkan Ummu Bishr binti al Bara yang ditinggal mati keluarganya.


Ketika itu sudah masuk waktu dhuhur, Rasulullah ﷺ shalat dhuhur di Masjid Bani Salamah. Ia mengimami para jamaah. Dua rakaat pertama shalat Zhuhur masih menghadap Baitul Maqdis, sampai akhirnya malaikat Jibril menyampaikan wahyupemindahan arah kiblat. Wahyu datang ketika Rasulullah ﷺ baru saja menyelesaikan rakaat kedua.


Yakni surah al Baqarah [2] ayat 144 :
. قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُمَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ 144

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidilharam itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan


Begitu menerima wahyu ini, Rasulullah ﷺ langsung berpindah 180 derajat, diikuti oleh semua jamaah melanjutkan shalat Zhuhur menghadap Masjidil Haram.[ Riwayat Muslim ]


Sejak saat itu, kiblat umat Islam berpindah kembali dari Baitul Maqdis, Palestina (menghadap ke utara dari Madinah), menuju Masjidil Haram (menghadap arah selatan dari Madinah). Masjid Bani Salamah ini pun dikenal sebagai MasjidQiblatain atau Masjid Dua Kiblat.



5:11:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment