MY UMRAH JOURNEY 2018- PART 1

Assalammualaikum...

Perkongsian Ida ni bukan hendak menunjuk atau berbangga tapi perkongsian Ida ni nak berkongsi pengalaman Ida melakukan umrah memandangkan tak banyak blog yang kongsikan pengalaman ni. Permulaan Ida nak ke tanah suci memang banyak cari cerita dalam blog yang memudahkan Ida faham sedikit keadaan di sana.




Jadi di sini Ida akan ceritakan permulaan kembara umrah Ida tahun 2018.



MY UMRAH JOURNEY

Alhamdulillah tahun ni Ida berpeluang ke tanah suci dengan lancar. Ikutkan tahun lepas Ida dah ke sini tapi keadaan tak mengizinkan sebab dalam keadaan sibuk nak uruskan pindah rumah.

Sebelum sampai tarikh bertolak memang ada beli sedikit barang untuk umrah. Tak banyak jugak kena beli memandangkan Ida sendiri dah ada banyak jubah. So pakai apa yang ada. Cuma beli beberapa keperluan yang lain.



Pakej yang kami ambil ialah dari Tabung Haji Travel & Tours. Nanti Ida ceritakan pasal pakej ni okay!

Sebelum korang nak buat umrah ni jangan lupa masuk kelas dulu ye. Senang kata nak korang lebih faham apa itu UMRAH. Selain tu korang boleh tengok dalam youtube kalau nak lebih faham lagi.

List barangan korang boleh tengok kat sini 



Sebelum korang nak pergi tu kena lah siapkan semua passport dan surat-surat lain. Jangan lupa korang kena ambil injection jugak dalam RM140 je. Bagi ibu-ibu hamil kena tanya doktor dulu ye. Nak buat passport RM250 seingat Ida la. Cepat je passport korang siap.




So tibalah masanya untuk hari bertolak. Kami bertolak dari KLIA Sepang. So 2 hari sebelum tu dah bergerak ke Bangi tidur di rumah adik ipar. 

Pada mulanya kami kena berkumpul pukul 2 pagi tapi jadual ditukarkan pada pukul 6 pagi. Kami semua berkumpul di Kaunter THTS Aras 5 yang berdekatan dengan McDonalds. Masa ni semua urusan kad passport dan pelekat semua dia akan bagi. Dah settle korang akan serahkan beg besar untuk masukkan dalam kargo. Sebaiknya beg besar korang tu dah label semua nama, no telefon dan pesawat korang untuk memudahkan korang cari beg nanti.



Penerbangan kami sepatutnya pukul 10.10 pagi tapi delay sampai pukul 1.30petang. Peh mengantuk la nak menunggu. Jadi pihak MAS ada bagi kami kupon makanan untuk beli tapi disebabkan penerbangan kami MHC05 ni hampir 300 lebih orang. Hah ko nak beratur kemain panjang, kesudahannya beli makanan guna duit sendiri sebab tak sempat.

Flight yang kami naik ni yang paling besar iaitu MH 8006. Boleh muat sampai 400 lebih orang. Memang disewa khas oleh Tabung Haji Travel & Tours. Flight kami MAS so seat die memang agak selesa la. Berpadanan la dengan harganya. Kalau ambil seat bussiness lagi la selesa kan.




So bermula la penerbangan kami dengan bacaan doa oleh Ustaz Mad. Penerbangan kami selama 9 jam berjalan lancar. Dalam flight korang banyak-banyakkan lah bertalbiah. Memang dalam flight diorang akan pasang. Selain tu korang boleh baca buku atau tengok movie. Ikutkan ada je yang tidur tapi ntahlah Ida nak tidur pun tak boleh. Tidur-tidur ayam je. So kesudahannya tengok la cerita The Nun dan Running man.hahaha



masuk kapal terbang dapat makan ni. Licin makan sebab tengah lapar.hahaha


baik punya seat sebelah pantry 

Makan akan diberikan 2 kali iaitu semasa naik flight dan sebelum tiba di Jeddah. Bila nak pasang niat? Nanti diorang akan bagitahu. Disebabkan kami akan ke Mekkah dulu so kami akan berniat Miqat Umrah di Qarzul Manazil .


" Ya Allah,terimalah kami sebagai tetamuMu yang istimewa dan permudahkan urusan kami"

Niatnya nanti Ustaz atau mutawwif Tabung Haji akan baca bersama-sama korang. Bagi wanita ada niat bersyarat so kena alert. Almaklumlah perempuan ni ada "hari cutinya". So niat bersyarat ni memudahkan urusan kita. 

Makanan dia boleh tahan sedap sampai ibu Ida kata first time naik flight makanan die sedap.hehehe

Kami sampai di sana dalam pukul 10 malam. So uruskan ambil bagasi semua dan berkumpul dan masuk dalam bas ikut kumpulan dalam pukul 11 jugak. Sampai hotel kami makan dan berehat sebentar sebelum berkumpul untuk melakukan umrah. 

Kita bersambung next part okay!

Post a Comment

6 Comments