Pages

Sunday, January 6, 2019

MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 3

Assalammualaikum...

Dah baca kisah sebelum ni? Hah jom kita sambung lagi okay ceritanya...





MY UMRAH JOURNEY

Alhamdulillah kami selesai melakukan Miqat umrah ke 2 dengan lancar walaupun panas terik. Yelah sebab dah nak hampir waktu solat Zohor. Dalam perjalanan buat sa'ei dah nak hampir tu dah masuk waktu solat, so kami semua berhenti selesaikan solat wajib dulu dan teruskan sehingga habis yang selebihnya.

Hari Ahad (9 disember 2018)


Keesokkannya merupakan hari Ahad dah kami takde apa-apa aktiviti. So bebas la korang nak buat apa. Berjalan ke bandar ke, shopping ke atau beriktikaf di masjid sepanjang hari.

Hari tu Ida ikut ibu pergi beli jubah. Harga jubah paling murah ida jumpa 20 riyal tapi macam baju bundle la. Bolehlah nak pakai. Kualiti kain lain sikit. Kalau nak tengok kualiti bagus pergi dekat Safwah Mall. Berhadapan dengan Masjidil Haram, sebelah dengan Hotel Safwah. Tapi kat sini korang boleh la tawar menawar lagi dan cari lebih murah. Ibu ida beli jubah yang harga 140 riyal kepada 100 riyal. Kualiti baguslah.

Hari Isnin (10 disember 2018)

Keesokkanya kami akan lakukan Miqat umrah ke 3 dan akan berniat di Masjid Hudaibiyah.



Siapa yang mampu nak buat boleh lakukan. Siapa tak larat, taknyah buat pun takpe sebab ini sunat sahaja. Yang wajib sekali je masa kita mula sampai tu. Tapi kali ni korang kena buat sendiri tanpa iringan mutawwif. Mesti dah expert dah masa ni. Buku panduan ada. Ikut je.

Ini ringkasan sejarah Masjid Hudaibiyah

Hudaibiyah merupakan kota yang berada di sekitar 26 kilometer dari Masjidil Haram. Saat ini, kawasan tersebut juga dikenal sebagai daerah perbatasan Tanah Haram sehingga sering dijadikan tempat miqat umat Islam yang melaksanakan ibadah haji atau umrah.


Nama Hudaibiyah sebenarnya diambil dari nama telaga, yang juga dikenal dengan sebutan telaga Asy-Syumaisi. Sejarah Islam menyebutkan, Hudaibiyah menjadi pintu masuk kecemerlangan kaum Muslimin dalam menaklukkan Kota Makkah (Fathul Makkah). Di kota ini, Rasulullah SAW dan kaum Quraisy Makkah membuat perjanjian untuk saling tidak menyerang, yang kemudian membuka peluang umat Islam Madinah untuk mengislamkan pendudukan Kota Makkah.

Masjid ni memang kecil je, ruang solat untuk wanita memang berebut nak masuk, bersesak sikit. Alhamdulillah walaupun ramai dan sesak Ida sempat lakukan solat sunat sebelum masuk semula ke dalam bas untuk berniat umrah.



Hari Selasa (11 disember 2018)

Hari terakhir kami di kota suci Mekkah ni. Hari ni juga kami bebas lakukan apa sahaja. Hari ni masing-masing dah siap kemas-kemas barang sebelum bertolak pula ke Kota Madinah keesokkan harinya. 

Pada petang tu kami ada sedikit ceramah untuk keberangkatan kami ke Madinah. Nak ingatkan pukul berapa kami perlu turunkan barang dah perlaksanaan Tawaf Wada'



Apa itu Tawat Wada'?



Tawaf wada' ni tawaf untuk ucapkan selamat tinggal pada kota Mekkah. Mahupun bagi mereka yang duduk di kota Mekah dan akan keluar dari kota Mekkah dalam jarak 2 marhalah perlu juga lakukan tawaf wada'. Yelah kita dah masuk kota suci Allah, ucap selamat datang pada kita, kita perlulah ucapkan selamat tinggal. Tapi bukan bermakna kita taknak datang lagi. Niatkan hati untuk menjadi tetamu Allah lagi. Tak perlu lakukan sa'ei mahupun tahallul. Hanya melakukan tawaf macam biasa.

Hari Rabu (12 disember)

Hari ni kami akan ke kota Madinah. Selepas sarapan kami akan melakukan tawaf wada' dalam pukul 10 pagi. Tak boleh buat awal-awal. Sebaiknya 2 jam sebelum bertolak keluar. Kami perlu berkumpul selepas solat Zohor dan bergerak ke kota Madinah dalam pukul 2.30 petang.

Perlu diingatkan ada perkara yang tak boleh korang lakukan selepas buat Tawaf Wada'.

Larangan selepas melakukan Tawaf Wada':

1. Tidak boleh bergambar di dalam mahupun perjalanan balik dari Masjidil Haram.

2. Tidak boleh bersedekah.

3. Tidak boleh membayar hutang yang tertangguh.

4. Tidak boleh tidur atau berehat dalam bilik hotel.

5. Tidak boleh shopping

6. Tidak boleh buat solat-solat sunat kecuali solat sunat tawaf.

7. Tidak boleh melenggah-lenggahkan masa sehingga buatkan jemaah lain tertunggu-tunggu.



Selepas itu kami berhenti di R&R Majis tak silap namanya untuk solat Asar sebelum terus ke kota Madinah dalam 6 jam perjalanan. Alhamdulillah kami sampai sana dalam pukul 8 malam tak silap. 

Di Madinah kami tinggal di Hotel Saja Al Madinah (300m) ke Masjis Nabawi. Selepas selesai ambil bagasi dan kunci bilik, kami turun ke dewan makan dan masuk bilik masing-masing untuk aktiviti keesokkannya. Alhamdulillah kami dapat bilik city view.hehe







Next story? Stay tuned!

MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 2

5:13:00 PM / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment