MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 2

Assalammualaikum...

Musim sekolah dah bermula, so memang busy la sikit uruskan persekolah anak-anak. Memandangkan Aqil pun dah sekolah tahun ni. Abangnya pula dah mula masuk kelas KAFA minggu ni. Lagi sibuk nanti.

So kali kita bersambung kisah hari tu.



MY UMRAH JOURNEY


Selepas semua dah masuk bilik masing-masing dengan bagasi. Rehat sekejap dan ambil wudhuk sebelum nak buat umrah. Di mekkah kami duduk di Hotel Al Shohada (650m). Tengok macam jauh tapi tak jauh sangat pun sebenarnya.






bilik dah berselerak baru ingat nak snap.hahaha



Kena faham untuk umrah ada 3 peringkat iaitu Tawaf, Sa'ei dan tahallul. Masa tawaf tu diwajibkan memang dalam keadaan berwudhuk. Kalau masa Sai'e dan tahallul takde masalah kalau tak berwudhuk.

Setiap kumpulan ada mutawwif masing-masing. So mutawwif kami dari Indonesia, masih muda lagi. Ustaz Husnan Hidayat. Dah lama dia duduk kat Jeddah ni, macam dah jadi macam penduduk tetap sini.


Perjalanan kami dari hotel ke Masjidil Haram beramai-ramai sambil bertalbiah. Dalam masa yang sama Puan Badariah, Timbalan Ketua Rombongan THTS pun sekumpulan dengan kami.

Sepanjang melakukan umrah dengan bimbingan mutawwif alhamdulillah berjalan dengan lancar. Walaupun kepenatan semuanya, semua selesai melakukan umrah dengan baik tanpa ada yang mengeluh.




Hari Jumaat (7 disember 2018)


Selesai semua kami balik ke hotel untuk berehat sebelum masuk solat Subuh. Lepas solat subuh tu baru la makan. Kebetulan dah masuk hari jumaat, so takde apa-apa aktiviti di sini. Berpeluang kami bersolat jumaat di Masjidil Haram.

Orang perempuan pun boleh solat Jumaat kat sini. Memang ramai sangat. Kalau datang lambat memang tak boleh la masuk masjid. Masa ada kat sini la nak ambil peluang solat Jumaat kat Masjidil Haram walaupun badan penat, kaki sakit. Nak jugak pergi. Yelah berjalan jauh kan masa tawaf dengan Sa'ei. Bagi yang tak biasa, hah tercabut kaki tu. Tapi sekejap je, lepas tu laju je jalan walaupun sakit kaki.
















perjalanan nak ke Masjidil Haram akan jumpa kedai aiskrim ni. 5 riyal campur semua flavour. Sedap!

Selepas sarapan tu, kami berjalan-jalan di kota Mekkah. Jalan tepi-tepi hotel je. Taknyah pergi jauh-jauh sebab memang banyak kedai kat sana. Ustaz Husnan tu kata kedai kalau pagi memang kurang buka kedainya, selepas Asar baru meriah.

Hari Sabtu (8 disember 2018)

Keesokkan harinya kami ada program lawatan ke Mekkah dan untuk melakukan Miqat umrah ke 2 di Masjid Ja'ranah.

Sebelum tu melakukan miqat kami ke Jabal Rahmah dan Muzdalifah. Sampai kat Jabal Rahmah tak naik pun atas sebab ramai orang dan keadaan licin. Paling kelakarnya, tak pergi jauh pun, bersusun penjual kat bawah tu. Semua orang kebanyakkan pergi situ dulu. Beli kurma la..jubah la.hahaha. Lagipun masa diberi 20 minit je, memang tak sempat la nak ke atas pun. Sekadar ambil gambar je.



Ringkasan sejarah Jabal Rahmah
Jabal Rahmah merupakan bukit di mana tempat bertemunya kembali Nabi Adam dan Siti Hawa setelah dipisahkan dan diturunkan dari Syurga nya Allah. Berdasarkan kajian para Ulama, dari ‘Haji dari Masa ke Masa’, kemungkinan Nabi Adam diturunkan di negeri India, sedangkan Hawa diturunkan di Irak.


Bukan hanya tempat pertemuan Adam dan Hawa saja, tetapi Jabal Rahmah juga merupakan salah satu bukit yang menjadi tempata diturunkannya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW tatkala beliau melakukan wukuf. Wahyu tersebut termuat dalam QS Al-Maidah (5) : 3


” Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu.”


tersnap sekali pak cik kat belakang tu




Ini ringkasan sejarah Masjid Ja'ranah



sumber: google 


Miqat Ja'ranah adalah nama sebuah perkampungan Wadi Saraf (lembah Saraf) yang dikelilingi bukit-bukit batu.


Masjid ini terletak sekitar 25km dari Mekah dan boleh menampung sekitar 1000 jemaah untuk solat. Atas jaraknya yang dekat dengan Makkah, Masjid Ja'ranah digunakan para penduduk Mekah sebagai miqat.


Rasullulah s.a.w telah bermiqat dari sini untuk melakukan umrahnya yang ketiga. Seseparuh ulama menganggap miqat ini mempunyai kelebihan khusus berbanding miqat-miqat yang lain kerana Rasullulah s.a.w telah bermukim di sini selama 13 hari dan berihram dari Miqat Ja'ranah.


Ulama-ulama Mazhab Syafie kebanyakannya sepakat bahawa Miqat Ja'ranah merupakan miqat yang paling afdal. Ini berdasarkan Kitab al-Idoh Fi Manasiki al-Hajjkarangan Imam Nawawi r.a yang menyebutkan :“Lebih utama bagi orang yang berada di tanah Halal, miqatnya dari al-Ja’ranah, kerana Nabi berumrah darinya. Kemudian Tan’im kerana sesungguhnya Nabi memerintahkan Aisyah r.a. agar berumrahdarinya. Kemudian al-Hudaibiyah, kerana sesungguhnya Nabi ketika akan memasuki kota Makkah untuk berumrah, beliau memulai darinya.”


Imam al-Fasi mengatakan, “ Ja’ranah adalah miqat paling tepat bagi penduduk Makkah memandangkan Nabi pernah berihram dari tempat ini.” Hal ini disepakati ulama-ulama muktabar Imam Malik, Imam Syfi’i serta Imam Hambali.


Diriwayatkan dari Ibbu Abbas r.a : Rasulallah s.a.w melakukan umrah sebanyak 4 kali dalam hidupnya yakni, Umrah Hudaibiyah, Umrah Qada’, umrah yang dilakukannya dari Ja'ranah sepulangnya daripada perang Hunain, dan umrah sewaktu melakukan Haji Wada’.


Daerah miqat ini turut pernah menjadi saksi akan pertemuan antara Rasullulah s.a.w dengan ibu susuannya, Halimatus Sa'diah r.a. Dalam kitab Sunan Abu Daud, diriwayatkan dari Abu Thufail : "Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w sedang membahagikan daging di Ja'ranah. Tiba-tiba seorang wanita menghampiri Rasulullah s.a.w. Baginda kemudiannya menghamparkan mantelnya untuk wanita itu yang kemudiannya duduk di atasnya. Lalu aku bertanya, siapakah wanita itu? para sahabat menjawab, "Ia adalah ibu Rasulullah s.a.w yang pernah menyusuinya"

kredit to http://pelitakalam.blogspot.com

Dekat sini korang boleh la buat sunat tahiyatul masjid, sunat dhuha dan sunat ihram memandangkan korang akan berniat umrah. Niat kali ini terpulang sama ada nak niat untuk diri sendiri mahupun untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia. Mutawwif akan ajar korang nanti.

Jom sambung next story ye

MY UMRAH JOURNEY 2018 - PART 1
Senarai keperluan umrah lelaki dan wanita

Post a Comment

3 Comments


  1. bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...

    ReplyDelete