KATA MADAH 51#

Assalammualaikum...



" BIARLAH ORANG LAIN HIDUP "FAKE", WALAUPUN KITA TAHU KEHIDUPAN SEBENAR MEREKA. JANGAN TERIKUT-IKUT DAN JADILAH DIRI SENDIRI "


Perkara macam ni selalunya terjadi kepada para remaja yang menyambung pelajaran di kolej mahupun universiti. Berjumpa dengan ramai orang dan mungkin ada juga berasa merendah diri dengan kehidupan orang lain yang mewah.

Ada juga sehinggakan sanggup berbelanja mewah semata-mata mahu mengikut trend, tidak mahu diejek kolot dengan peredaran semasa. Akhirnya memakan diri sendiri.

Tak perlu la jadi seperti itu. Jadilah diri kam sendiri. Setiap orang ada kelebihan dan kebolehan masing-masing. Trust to your own life!

SELESAI SUNTIKAN VAKSIN COVID19 PERTAMA

Assalammualaikum...

Masing-masing dalam media socmed sekarang ni update pasal suntikan vaksin covid19 kan. tahniah buat uolls yang dah dapat awal-awal dan ada juga yang dah selesai semua suntikan.



Actually ni adalah rezeki tak disangka-sangka sebab Ida pun baru je mendaftar. Bila ada kekosongan orang yang nak tunda suntikan, so pihak KKM akan bagi pada orang lain.



Ida pergi awal sebelum pukul 12 tu untuk ambil no giliran semua. Alhamdulillah proses semua tak lama mana tu, smooth je.


dah selesai isi borang, menunggu giliran untuk pendaftaran kat depan

Dah selesai isi borang, tunggu untuk mendaftar pula. Tak lama mana pun masa ni nak daftar. Die just minta kita bacakan no kad pengenalan kita je.


Menunggu untuk divaksin


Settle daftar tu, letak borang dalam kotak macam kat depan ni. Ikut seksyen pada borang kita. Kemain depan Ida duduk sebab ada tempat kosong, malah nak ke belakang dah.hahaha.




Alhamdulillah Ida pun dah selesai suntikan pertama dengan vaksin Pfizer. Sebelum-sebelum ni ramai dapat Sinovac tapi kali ini dapat Pfizer so ok la kan.

Kesan pengambilan vaksin Pfizer?

Alhamdulillah buat masa ni dah 2 hari Ida takde apa-apa sangat kesan. Cuma lenguh tangan je. Macam kita cucuk BCG masa sekolah menengah dulu la. Sakit kepala ada tapi tak tahu sebab vaksin atau sebab cuaca panas. Sebab Ida kalau cuaca panas..kejap hujan memang mula la nak sakit kepala. Orang kata perubahan cuaca kan. Paling penting uolls kena banyakkan minum air masak. Jangan banyak sangat minum air sejuk dan manis.




Next appoitment vaksin kedua ialah bulan depan. So kita tunggu jelah nanti.



Bagi Ida pengambilan vitamin C memang sangat digalakkan untuk kuatkan sistem imun. Macam Ida memang dah lama ambil vitamin C ni, cuma malam sebelum cucuk vaksin tu Ida ambil double dose. Ida tak risau ambil double dose vitamin C Shaklee sebab jika berlebihan memang ia akan keluar melalui peluh atau air kencing. Tapi kena banyakkan minum air juga ye bila ambil supplement ni.



Bagi yang belum ambil vitamin C, cuba la ambil. Tambahan masa pandemik sekarang ni, kita memang perlu cuba untuk kuatkan sistem imun selain ambil vitamin C melalui pemakanan.

So kongsikan la pengalaman uolls ambil vaksin sama-sama.




RESEPI SUP TULANG THAI YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Kat Malaysia memang banyak kedai-kedai yang jual sup tulang kan. Macam-macam jenis ada..pilih je mana kesukaan uolls. Ida ni bukanlah peminat sup tulang tapi sekali sekala makan panas-panas tu memang sedap kan. Hari ni nak kongsikan resepi sup tulang thai yang Ida jumpa dalam socmed. Mana tahu uolls boleh try masak sendiri nanti.



RESEPI SUP TULANG THAI

Bahan-bahan:

  • 1kg tulang (rebus dulu dengan halia sampai empuk)
  • Serai ketuk
  • Lengkuas ketuk
  • Bawang putih ketuk
  • Bawang besar hiris
  • Halia ketuk..
  • Akar ketumbar ketuk2
  • Daun limau purut

Cara-caranya:

1. Tumis semua bahan,kemudian masuk kan tulang yang dah di rebus bersama air rebusan.(sy amek separuh shj air rebusan dan tambah air lagi)

2. Mendidih masukkan air lemon,saderi tomato n perasa n daun ketumbar.

credit : Sarra Ahmad Kamal‎

KATA MADAH 50#

Assalammualaikum...





LAYAKKAH KITA MASUK SYURGA SEDANGKAN DOSA KITA LEBIH BESAR DARIPADA DUNIA



Kata-kata ini sebenarnya mengusik hati Ida. Betul tu..kita ni kadang kala tak sedar apa dosa kita. Dosa kecil atau besar. Kadang kala kita jadi lupa..jadi leka.

Pernah terdetik dalam hati, apakan amalan aku selama ini diterima. Layakkah aku nak masuk syurga bersama orang-orang yang beriman.

Mudahan apa amalan kita selama ini diterima oleh Nya

RESEPI KARIPAP KENTANG YANG GEBU

Assalammualaikum...

Hujung bulan lepas Ida ada keluar beli barangan rumah dan kebetulan juga masa tu memang ada roadblock kalau nak lalu ke tempat yang Ida selalu beli barang rumah, dapur semua. Tapi Ida pergi awal pagi so memang takde roadblock la masa tu.



Sebab sekarang memang kena stay at home, so memang makanan frozen akan tersimpan dalam peti untuk makan waktu petang. Biskut-biskut memang akan beli lebih memandangkan kiddos memang makan banyak.hahaha.

Ida ada beli kulit popia sebab kiddos katanya dah lama tak makan popia. Jadi kali ini Ida buat popia kentang macam ala-ala samosa. Tapi dah siap sebungkus tu, ada lebih pula intinya. Jadi Ida cadang nak buat karipap. Ida kalau bab meroti ni..uli-uli memang tak menjadi.hahaha...tapi kita try la juga.


RESEPI KARIPAP KENTANG YANG GEBU


Bahan-bahan inti kentang:


inti ni Ida ada letak sedikit lobak merah. Uolls nak letak ayam sekali pun boleh


  • kentang yang dipotong dadu kecil dan direbus sehingga lembut
  • kari ayam
  • sedikit kari ikan
  • bawang merah dicincang halus atau kisar
  • bawang putih dicincang halus atau kisar
  • cili boh jika nak lebih pedas
  • garam
  • gula

Bahan-bahan untuk kulit karipap

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan minyak panas
  • 2 sb marjerin dicairkan

Cara-caranya:




1. Inti popia dimasak dahulu seperti biasa. Jangan letak terlalu banyak minyak dan air ye.

Untuk kulit karipap:

1. Masukkan minyak panas dan marjerin dalam tepung dan gaulkan dengan senduk sehingga jadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit

3. Uli bentuk karipap. Kulitnya kalau boleh nipis sedikit ulinya sebab resepi ni agak gebu dohnya.

4. Masukkan inti dalam doh lepas tu kelim la. Ida tak pandai kelim so Ida guna garfu je.hehehe. Bentukkan bulatan guna apa-apa penutup dan tekap je.

nampak tak Ida tak pandai nak kelim. Lepas tu acuan yang Ida beli dekat kedai eco besar sangat. Last-last buat acuan guna penutup botol je. hahaha

5. Nak goreng tu pastikan minyak panas dan banyak ya.

Selamat mencuba!