SELESAI SUNTIKAN VAKSIN COVID19 PERTAMA

12:00:00 PM

Assalammualaikum...

Masing-masing dalam media socmed sekarang ni update pasal suntikan vaksin covid19 kan. tahniah buat uolls yang dah dapat awal-awal dan ada juga yang dah selesai semua suntikan.



Actually ni adalah rezeki tak disangka-sangka sebab Ida pun baru je mendaftar. Bila ada kekosongan orang yang nak tunda suntikan, so pihak KKM akan bagi pada orang lain.



Ida pergi awal sebelum pukul 12 tu untuk ambil no giliran semua. Alhamdulillah proses semua tak lama mana tu, smooth je.


dah selesai isi borang, menunggu giliran untuk pendaftaran kat depan

Dah selesai isi borang, tunggu untuk mendaftar pula. Tak lama mana pun masa ni nak daftar. Die just minta kita bacakan no kad pengenalan kita je.


Menunggu untuk divaksin


Settle daftar tu, letak borang dalam kotak macam kat depan ni. Ikut seksyen pada borang kita. Kemain depan Ida duduk sebab ada tempat kosong, malah nak ke belakang dah.hahaha.




Alhamdulillah Ida pun dah selesai suntikan pertama dengan vaksin Pfizer. Sebelum-sebelum ni ramai dapat Sinovac tapi kali ini dapat Pfizer so ok la kan.

Kesan pengambilan vaksin Pfizer?

Alhamdulillah buat masa ni dah 2 hari Ida takde apa-apa sangat kesan. Cuma lenguh tangan je. Macam kita cucuk BCG masa sekolah menengah dulu la. Sakit kepala ada tapi tak tahu sebab vaksin atau sebab cuaca panas. Sebab Ida kalau cuaca panas..kejap hujan memang mula la nak sakit kepala. Orang kata perubahan cuaca kan. Paling penting uolls kena banyakkan minum air masak. Jangan banyak sangat minum air sejuk dan manis.




Next appoitment vaksin kedua ialah bulan depan. So kita tunggu jelah nanti.



Bagi Ida pengambilan vitamin C memang sangat digalakkan untuk kuatkan sistem imun. Macam Ida memang dah lama ambil vitamin C ni, cuma malam sebelum cucuk vaksin tu Ida ambil double dose. Ida tak risau ambil double dose vitamin C Shaklee sebab jika berlebihan memang ia akan keluar melalui peluh atau air kencing. Tapi kena banyakkan minum air juga ye bila ambil supplement ni.



Bagi yang belum ambil vitamin C, cuba la ambil. Tambahan masa pandemik sekarang ni, kita memang perlu cuba untuk kuatkan sistem imun selain ambil vitamin C melalui pemakanan.

So kongsikan la pengalaman uolls ambil vaksin sama-sama.




You Might Also Like

0 penggomen