RESEPI KARIPAP KENTANG YANG GEBU

8:26:00 AM

Assalammualaikum...

Hujung bulan lepas Ida ada keluar beli barangan rumah dan kebetulan juga masa tu memang ada roadblock kalau nak lalu ke tempat yang Ida selalu beli barang rumah, dapur semua. Tapi Ida pergi awal pagi so memang takde roadblock la masa tu.




Sebab sekarang memang kena stay at home, so memang makanan frozen akan tersimpan dalam peti untuk makan waktu petang. Biskut-biskut memang akan beli lebih memandangkan kiddos memang makan banyak.hahaha.

Ida ada beli kulit popia sebab kiddos katanya dah lama tak makan popia. Jadi kali ini Ida buat popia kentang macam ala-ala samosa. Tapi dah siap sebungkus tu, ada lebih pula intinya. Jadi Ida cadang nak buat karipap. Ida kalau bab meroti ni..uli-uli memang tak menjadi.hahaha...tapi kita try la juga.


RESEPI KARIPAP KENTANG YANG GEBU


Bahan-bahan inti kentang:


inti ni Ida ada letak sedikit lobak merah. Uolls nak letak ayam sekali pun boleh


  • kentang yang dipotong dadu kecil dan direbus sehingga lembut
  • kari ayam
  • sedikit kari ikan
  • bawang merah dicincang halus atau kisar
  • bawang putih dicincang halus atau kisar
  • cili boh jika nak lebih pedas
  • garam
  • gula

Bahan-bahan untuk kulit karipap

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk
  • 1/2 cawan minyak panas
  • 2 sb marjerin dicairkan

Cara-caranya:




1. Inti popia dimasak dahulu seperti biasa. Jangan letak terlalu banyak minyak dan air ye.

Untuk kulit karipap:

1. Masukkan minyak panas dan marjerin dalam tepung dan gaulkan dengan senduk sehingga jadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit

3. Uli bentuk karipap. Kulitnya kalau boleh nipis sedikit ulinya sebab resepi ni agak gebu dohnya.

4. Masukkan inti dalam doh lepas tu kelim la. Ida tak pandai kelim so Ida guna garfu je.hehehe. Bentukkan bulatan guna apa-apa penutup dan tekap je.

nampak tak Ida tak pandai nak kelim. Lepas tu acuan yang Ida beli dekat kedai eco besar sangat. Last-last buat acuan guna penutup botol je. hahaha

5. Nak goreng tu pastikan minyak panas dan banyak ya.

Selamat mencuba!

You Might Also Like

8 penggomen

  1. anak anak saya memang suka karipap..tp maknya ni tak rajin betul nak mendadu kentang...hahaha

    ReplyDelete
  2. harus ada cetakan alat nya, susah nak dapatkan alatnya tersebut ya di market

    ReplyDelete
  3. follow juga blog saya ? http://www/bit.ly/papahqiqi terima kasih sebelumnya

    ReplyDelete