6 WAYS TO EAT WELL AS YOU GET OLDER

Assalammualaikum...



6 WAYS TO EAT WELL AS YOU GET OLDER



1. Know what a healthy plate looks like

See how to build a healthy plate at ChooseMyPlate.com

2. Look for important nutrients

Eat enough protein, fruits and vegetables, whole grains, low fat, dairy and vitamin D.

3. Read nutrition labels

Be a smart shopper! Find item that are low fat, added sugars and sodium

4. Use recommended servings

Learn the recomended daily servings for adults aged 60+

5. Stay hyrated

Water is an important nutrient too! Drink fluids consistently throughout the day

6. Stretch your food budget

Get help paying for healthy food


PERIUK DESSINI VIRAL BELI DI SHOPEE

Assalammualaikum...

Sekarang dah banyak barang viral yang terjual kan kat media sosial. Salah satunya ialah periuk Dessini. Sebelum ni tengok je orang beli, yelah benda bila mula-mula keluar..viral memang semua orang nak beli. Ida ni masih maintain je lagi. Takde la nak sangat beli lagi pun periuk-periuk yang ada sekarang pun masih elok je.



Kebetulan hari tu ada la godek-godek kat Shopee ni. Keluar periuk viral Dessini ni. Harga pun kurang banyak la dari harga yang orang jual dalam media sosial. Jadi kali ini tergodalah nak beli.

Banyak warna pilihan yang ada. Contohnya warna dark purple, light purple, wine red, red dan green. Ida berkenan dengan warna green tapi takut nampak gelap sangat. Last-last ambil la warna merah. Nak kata merah sangat tak jugak. Nice-nice je.


Dalam set ni ada 5 periuk ye. 4 periuk biasa 1 jenis pan. Saiz periuk pun bagi Ida agak besar, ringan je. Takde la berat sangat. 


Ramai yang komen periuk ni bagus, so nanti Ida nak try masak guna periuk ni. Masak memang tak melekat, tumis-tumis bahan pun cepat je masak. Cuma uolls kalau nak jaga periuk-periuk macam ni dengan lebih baik. Jangan masak guna sudip besi ya...beli yang jenis silikon. Nak basuh pun kalau boleh guna span..jangan guna berus besi pulak.



Periuk ni Ida beli dan gunakan voucher Free shipping tu tau. Uolls redeen dulu. Pastu nanti dia akan tolak. Kos pos Ida just tambah RM1.70 je tau!

Uolls kalau nak beli periuk ni boleh klik link yang Ida bagi kat bawah ni ye. Actually ada kedai lain jual periuk ni harga RM12 masa sale 12.12 nanti tapi bila baca komen di bawah ada feedback tak bagus. Periuk kemek la semua. So uolls kalau nak beli kena hati-hati ye.

Periuk Dessini : 

SELAMAT BERSHOPPING!!


Boleh tengok unboxing periuk DESSINI kat youtube ye. TQ guys



KATA MADAH 42#

Assalammualaikum..




" KEBIJAKAN YANG PALING RINGAN ADALAH DENGAN MENUNJUKKAN RAUT WAJAH BERSERI-SERI DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG LEMBUT"


Percaya tak kalau nak tengok sikap atau sifat seseorang itu adalah melalui muka dan mulutnya. Kata-katanya adalah mencerminkan dirinya. Selalu terukir senyuman di bibirnya. Bukan sekadar muka cantik..berseri-seri pakai makeup tapi mulutnya..hatinya jahat. Jadi perbaiki la percakapan kita kerana ia mencerminkan sikap dan hati kita sebenarnya.


RESEPI MEE REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalammualaikum....

Hujung minggu baru ni Ida ada nak buat makan-makan sikit kat rumah. Tak ajak ramai pun just ajak family je makan di rumah. Jadi menu pada hari itu ialah Mee Rebus. Ni first time buat ni..sebelum ni memang tak pernah buat. Dah lama nak masak mee rebus ni jadi kali ni mesti nak try jugak buat.



Beli bahan-bahan nak masak pun last minit, so nasib la semua bahan-bahan tu senang nak cari. Resepi asal uolls boleh tengok kat link bawah ni. Resepi yang Ida buat diolah sikit memandangkan family ada yang alahan dengan udang.

kredit to : Rasa.my

Bahan-bahan:

  • Mee kuning - nanti dicelur sikit
  • Ayam/daging dipotong kecil
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 -3 sudu serbuk cili
  • Sos cili
  • gula
  • garam
  • 1kg lebih ubi keledek (oren) yang direbus lembut kemudian blender halus
  • Kacang tanah yang telah digoreng kilas garing kemudian dikisar halus.

Bahan-bahan kisar :

  • 2 biji bawang besar
  • Beberapa ulas bawang putih

Bahan-bahan sampingan :

  • bawang goreng
  • Tauge yang dicelur sekejap
  • Sayur sawi yang dicelur sekejap. Potong ikut size nak makan
  • Tauhu yang telah digoreng
  • Daun bawang yang dicelur sekejap
  • Cili merah atau cili padi nak rasa lebih pedas
  • Telur rebus
  • Limau nipis kalau nak rasa masam-masam sikit


Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Lepas tu tumis bancuhan serbuk kari dan serbuk cili sehingga naik minyak.

2. Masukkan sos cili, ayam dan ubi yang telah dikisar tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair..kalau rasa pekat tambah air lagi. ( masa Ida buat ubi tu 1kg lebih so memang pekat, banyak kali tambah air pun still pekat dan sedap ).

3. Biarkan masak kemudian masukkan fishball, fishcake. Kalau uolls tak letak daging boleh letak meatball je. Masukkan sekali kacang tanah yang telah dikisar tadi sedikit demi sedikit. Kalau suka rasa kekacang lebih, tambah kacang. Kalau siapa ada alahan kacang, tak payah masukkan ye. Jangan lupa masukkan gula dan garam.

4. Biarkan mendidih dan rasa. Kalau rasa ada yang kurang tambahkan sehingga secukup rasa.

5. Sedia dihidangkan. Makan panas-panas baru sedap dan nikmat....



Bahan-bahan semua mudah je kan. Tapi nak masak lama...hahah. Kebetulan masak untuk makan tengahari sekali. Memang ke sana ke sini la memasak, memotong, membasuh. Dari pukul 9 lebih masak tu, kul12 baru habis masak untuk semua. Tangan pun sampai kecut sebab asyik kena air je.hahaha

Alhamdulillah...setelah siap hidangkan kat tetamu lega rasanya. Mertua kata ok dah ni. Sedap dah. Macam mee rebus jawa. hahaha. Mana la Ida tahu..masak je ikut resepi

So siapa nak try masak mee rebus boleh try guna resepi ni. Terpulang kat rasa anak tekak uolls kalau nak ikut pada resepi asal.

SELAMAT MENCUBA!

HEALTH QUOTES 30#

Assalammualaikum..




" A FIT, HEALTHY BODY- THAT IS THE BEST FASHION STATMENT "


~ Jess C. Scott