RESEPI MEE REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

10:13:00 AM

Assalammualaikum....

Hujung minggu baru ni Ida ada nak buat makan-makan sikit kat rumah. Tak ajak ramai pun just ajak family je makan di rumah. Jadi menu pada hari itu ialah Mee Rebus. Ni first time buat ni..sebelum ni memang tak pernah buat. Dah lama nak masak mee rebus ni jadi kali ni mesti nak try jugak buat.



Beli bahan-bahan nak masak pun last minit, so nasib la semua bahan-bahan tu senang nak cari. Resepi asal uolls boleh tengok kat link bawah ni. Resepi yang Ida buat diolah sikit memandangkan family ada yang alahan dengan udang.

kredit to : Rasa.my

Bahan-bahan:

  • Mee kuning - nanti dicelur sikit
  • Ayam/daging dipotong kecil
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 -3 sudu serbuk cili
  • Sos cili
  • gula
  • garam
  • 1kg lebih ubi keledek (oren) yang direbus lembut kemudian blender halus
  • Kacang tanah yang telah digoreng kilas garing kemudian dikisar halus.

Bahan-bahan kisar :

  • 2 biji bawang besar
  • Beberapa ulas bawang putih

Bahan-bahan sampingan :

  • bawang goreng
  • Tauge yang dicelur sekejap
  • Sayur sawi yang dicelur sekejap. Potong ikut size nak makan
  • Tauhu yang telah digoreng
  • Daun bawang yang dicelur sekejap
  • Cili merah atau cili padi nak rasa lebih pedas
  • Telur rebus
  • Limau nipis kalau nak rasa masam-masam sikit


Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Lepas tu tumis bancuhan serbuk kari dan serbuk cili sehingga naik minyak.

2. Masukkan sos cili, ayam dan ubi yang telah dikisar tadi. Masukkan air sedikit demi sedikit. Jangan terlalu cair..kalau rasa pekat tambah air lagi. ( masa Ida buat ubi tu 1kg lebih so memang pekat, banyak kali tambah air pun still pekat dan sedap ).

3. Biarkan masak kemudian masukkan fishball, fishcake. Kalau uolls tak letak daging boleh letak meatball je. Masukkan sekali kacang tanah yang telah dikisar tadi sedikit demi sedikit. Kalau suka rasa kekacang lebih, tambah kacang. Kalau siapa ada alahan kacang, tak payah masukkan ye. Jangan lupa masukkan gula dan garam.

4. Biarkan mendidih dan rasa. Kalau rasa ada yang kurang tambahkan sehingga secukup rasa.

5. Sedia dihidangkan. Makan panas-panas baru sedap dan nikmat....



Bahan-bahan semua mudah je kan. Tapi nak masak lama...hahah. Kebetulan masak untuk makan tengahari sekali. Memang ke sana ke sini la memasak, memotong, membasuh. Dari pukul 9 lebih masak tu, kul12 baru habis masak untuk semua. Tangan pun sampai kecut sebab asyik kena air je.hahaha

Alhamdulillah...setelah siap hidangkan kat tetamu lega rasanya. Mertua kata ok dah ni. Sedap dah. Macam mee rebus jawa. hahaha. Mana la Ida tahu..masak je ikut resepi

So siapa nak try masak mee rebus boleh try guna resepi ni. Terpulang kat rasa anak tekak uolls kalau nak ikut pada resepi asal.

SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

44 penggomen

  1. Agak lama tak buat mee rebus ni, nanti nak cubalah resepi ni, nampak mudah sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama sangat..lamanya sebab nak sediakan bahan2 lain je..nak tunggu rebus ubi semua

      Delete
  2. mee rebus selalu gi makan kat kedai je..tak pernah buat.

    ReplyDelete
  3. Ini antara menu pilihan bila ada family nak datang.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya. Tiba-tiba teringin nak makan mi rebus!

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi masak mee rebus. nanti la nak try. dah lama tak masak mee

    ReplyDelete
  6. tetiba teringat mee rebus mak kite! alahai rindunya. setengah orang panggil mee jawa kan? kuah dia pun depend ada yang sedap ada yang kurang nanti nak cuba lah resipi ni!

    ReplyDelete
  7. Sedapany mee rebus. Lama tak makan. Susah nak jumpa yanh sedap. So kena buat sendiri baru puas hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..cuba buat sendiri. kalau sedap tak pernah dah cari yg lain.hehe

      Delete
  8. selalunya beli je, tak berani pulak nak buat sebab tak pandai satu hal, tak ramai yang nak makan pun satu hal.

    ReplyDelete
  9. ohhh woow....nice nice, I miss mee rebus, can making myself tmr with this recipe, thanks ya
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Sedapnya mee rebus. Baru lepas masak mee kari harini. Teringin pulak nak masak mee rebus. Menu esok jela

    ReplyDelete
  11. Kita ada rempah kuah dia.. Hehehe.. Haritu kawan husbnd ade guna.. Tinggal beli bahan je.. Sedp pulak tengok

    ReplyDelete
  12. Boleh belajar buat sendiri kat umah la nanti.. Lebih jimat dan makan puas2 hehehe... Nnti share jadi ker tak in my posting pulak hehehe...

    ReplyDelete
  13. ok senang ....esok jugak cari yee mee , tapi ingat nak buat mee maggilah sebab itu jer stok yang ada kat rumah plus dah terliur pulak tengok pepagi buta nih .....laparr terus dibuatnya ....terima kasih kongsi resepi

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak masak mee rebus. Hari ni nak buat la. Kebetulan bahan2 semua ada.

    ReplyDelete
  15. Akak suka makan mi rebos tapi tak reti nak buat, lah ni boleh copy recipe ni lah, tengok gambar menyelerakan, mesti sedap

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    ReplyDelete
  16. Sedapnya mmg puas hati buat sendiri. Boleh puas makan. Nanti nak buatlah heheh

    ReplyDelete
  17. Ya Allah sedapnya mee rebus. Makan lak kalo time minum petang atau masa hari hujan hahah layan habis. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. wah menarik ni boleh lah buat nanti..selalu kalau iena nak makan mee rebus , iena beli je..tak pernah masak lagi :D

    ReplyDelete
  19. suka gila makan mee rebus dari kecik thank you share resipi!

    ReplyDelete
  20. simple je nak buat mee rebus ni eh. biasa kalau nk makan memang cari kat kedai je >,< bole cuba la resepi ni

    ReplyDelete
  21. Masakan simple macam ni memang saya suka... hehehe... sebab tak ambil masa sangat nak sediakan. Lapar je boleh ke dapur buat dan makan panas panas. Boleh layan masa cuaca sejuk... hikhik...

    ReplyDelete