10 TIPS FOR A HEALTHY HEART

Assalammualaikum...





10 TIPS FOR A HEALTHY HEART

1. Stop smoking

2. Pump some iron

3. Good sleep

4. Lower blood pressure

5. Lose weight

6. Get active

7. Cut the fat

8. Ditch the salt

9. Drink less

10. Reduce stress

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK MATA YANG SIHAT

Assalammualaikum...

Bukan hanya badan yang sihat, otak yang cergas malah mata juga memerlukan penjagaan yang baik supaya kita mempunyai mata yang sihat dan tajam penglihatan.




Walaupun Ida sendiri mempunyai masalah rabun tapi tak salah jika kita menjaga kesihatan mata kita dari terus menjadi teruk kan. Dan bagi mereka-mereka yang tak mempunyai masalah mata rabun atau silau ni. Silalah jaga mata korang dengan baik.

Di sini Ida nak kongsikan 10 makanan terbaik untuk mata yang sihat.

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK MATA YANG SIHAT


1. Lobak merah


Selalu orang kata nak mata yang sihat kena banyakkan makan lobak merah kan. Ini kerana lobak merah sumber vitamin A, serat dan kalium/potassium yang baik. Ia membantu melindungi mata kita dari buta malam dan juga melindungi sel-sel dan retina mata kita. Ia juga membantu mengekalkan kornea yang sihat dan mengurangkan risiko degenerasi makula.

2. Bayam


Ida sendiri mahupun anak-anak suka makan sayur bayam ni. Bayam mengandungi jumlah vitamin C dan nutrien yang tinggi seperti lutein dan zeaxanthin. Ia dikatakan dapat membantu menurunkan risiko degenerasi makula dan katarak. Ia juga membantu melindungi retina dan bertindak sebagai pelindung matahari untuk mata kita.

3. Ubi keledek



Ubi keledek kaya dengan beta-karoten, antioksidan dan vitamin A dan C yang membantu menurunkan risiko degenerasi makula dan katarak di mata kita.

4. Lada benggala


Lada benggala merupakan sumber yang tinggi dengan lutein, zeaxanthin, beta-carotene dan vitamin A, B6 dan C. Ini semua membantu meningkatkan penglihatan dan melindungi mata kita daripada katarak. Oleh itu, lada benggala ni sangat membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan mata kita.

5. Aprikot



Aprikot ni agak mahal jugak harganya kalau di pasaran. Kebanyakkan di kedai ada jual buah aprikot yang kering.

Aprikot kaya dengan lycopene dan karotena. Ia sangat membantu meningkatkan kadar penglihatan dan mencegah kerosakan pada sel dan tisu mata kita. Malah ia juga membantu mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak.

6. Buah oren


Buah oren memang senang untuk didapati di pasar raya mahupun kedai-kedai biasa. Oren adalah sumber vitamin C, lutein dan zeaxanthin. Ia membantu mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak mengikut peningkatan usia kita.

7. Blueberry


Blueberry membantu untuk meningkatkan penglihatan dan fungsi mata anda yang sihat. Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan, anti-radang dan rhodopsin-regenerasi. Ia membantu mencegah penyumbatan pada arteri yang membekalkan oksigen ke retina.

8. Coklat gelap/dark chocolate




Siapa tak suka makan coklat kan? Tapi coklat yang lebih baik dan sihat ialah coklat gelap. Coklat gelap kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi saluran darah di mata kita. Malah ia juga membantu menyihatkan kornea dan kanta.

9. Ayam belanda



Kita di Malaysia selalunya hanya makan ayam tetapi negara Barat kebanyakkannya makan ayam belanda. Ayam belanda agar mahal dari ayam yang biasa dan susah ditemui.

Ayam belanda sebenarnya mengandungi sejumlah besar zink dan vitamin B niacin yang membantu melindungi mata kita daripada katarak.

10. Telur



Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa sendiri pun suka makan telur.

Telur adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat. Ia adalah sumber protein, zink, asid lemak omega-3, antioksidan, lutein dan vitamin seperti vitamin A, B dan E. Ia membantu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula (AMD) mengikut usia kita.


Bagaimana Caratomax Shaklee membantu untuk mempertingkatkan penglihatan?


Ini kerana ia akan menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ini akan mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat,mata kering,kelesuan mata, glaucoma,katarak dan banyak lagi.

Testimoni pengguna:




Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR) 
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya 


KATA MADAH 13#

Assalammualaikum...


Selamat petang korang..

Semalam di Kemaman hujan ribut, habis terbang tong sampah rumah jiran-jiran. Atap bocor la. Paling teruk atas zink perumahan taman sebelah Ida tercabut habis. Hari ni adalah proses pembersihan dan pembaiki dijalankan.

Petang ni pun hujan jugak tapi alhamdulillah takdela teruk berangin macam semalam.

Jadi petang ni Ida nak kongsikan sedikit kata madah buat kita semua.



Orang yang HEBAT adalah mereka yang boleh membezakan antara yang baik dan buruk, 

manakala orang yang LEBIH HEBAT adalah mereka yang boleh mencari KEBAIKAN dalam KEBURUKAN  

Kata-kata ini Ida boleh beri sedikit pandangan... 

Ramai orang sebenarnya susah nak membezakan keburukan apabila sesuatu perkara berlaku. Mungkin ada masalah kewangan dan sebagainya. Desakan seperti itu membuatkan mereka menjadi lupa mana yang buruk dan yang baik. Bagi mereka "desakan" itu yang menjadi tumpuan.

Sebaiknya pada waktu ni, kita perlu kembali kepada-Nya. Mungkin kita lupa akan-Nya. DIA hanya berikan sedikit ujian kepada kita supaya kita ingat pada-Nya dan di situ kita boleh bezakan mana yang baik buruknya.

RESEPI BIHUN SUP MUDAH DAN RINGKAS

Assalammualaikum..

Korang masak apa hujung minggu ni? Dari awal minggu aritu anak-anak asyik suruh buat bihun sup sekali lagi. Hari tu buat masa suami Ida offshore, ni die dah balik so boleh la buat sekali lagi.


Resepi ni ringkas je dan mudah nak buat. So kalau korang duduk bujang atau duduk rumah sewa ramai-ramai pun boleh buat. Tak perlu guna bajet banyak pun.

RESEPI BIHUN SUP MUDAH DAN RINGKAS

Bahan-bahan:


  • Isi ayam 
  • Bawang merah *
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Sup tulang bunjut Adabi atau mana-mana brand pun
  • Kiub ayam
  • Tauge
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Fishball
  • Fishcake
Bahan-bahan sambal kicap:
  • Cili padi
  • Kicap
  • Sos tiram sedikit


Cara-caranya:

1. Korang blender bahan-bahan yang Ida tanda star kat atas tu (*). Ikut la banyak mana, korang agak-agaklah. Kalau nak masak banyak lebihkan la bawang-bawang die tu. Kalau sikit, sikitlah kan.

2. Tumis bahan-bahan blend tadi dengan minyak sampai nak bau sikit. Lepas tu masukkan air.

3. Dah masukkan air, masukkan sup tulang bunjut tu dan isi ayam tu. Isi ayam tu tak nyah lama sangat pun masak sebab nanti nak keluarkan untuk dicarik-carikkan. Tapi kalau korang malas, potong isi ayam tu kecik-kecik supaya korang senang nak makan nanti. Kalau ada kaki ayam masukkan sekali. Bagi ada rasa kolagen kaki ayam tu.hehe

4. Lepas tu masukkan semua bahan-bahan lain seperti fishcake, fishball, tauge, daun sup dan duan bawang. Tapi dalam sup Ida tak letak banyak daun bawang, daun sup dengan tauge. Sebab nak buat untuk hiasan atas die nanti.

5. Dah masukkan semua jangan lupa masukkan garam pula dengan kiub ayam. Korang rasa la sesedap rasa korang kan.

6. Bila dah mendidih sikit tu boleh la keluarkan isi ayam tadi dan dicarik halus.

7. Bihun dah siap rebus bagi lembut atau rendam kira ok la tu. Tauge yang lebih tadi Ida rebus sekejap.

8. Buat sambal kicap tu. Caranya korang blend cili tu, lepas tu masak atas dapur dengan kicap dan sos tiram. Kacau la sampai pekat sikit. Jangan sampai pekat sangat. Macam berkaramel orang kata.

9. Dah siap semua tu, boleh la korang hidangka dan makan. Sedap kalau makan panas-panas tu.


Anak Ida si abang tu, hari ni dah berapa kali die makan.hahaha. Alhamdulillah


SELAMAT MENCUBA!

HEALTH QUOTES 3#

Assalammualaikum...



" Healthy is like MONEY 

We never have a true idea of its value until we LOSE IT" 

~ Josh Billings ~