10 MAKANAN TERBAIK UNTUK MATA YANG SIHAT

Assalammualaikum...

Bukan hanya badan yang sihat, otak yang cergas malah mata juga memerlukan penjagaan yang baik supaya kita mempunyai mata yang sihat dan tajam penglihatan.




Walaupun Ida sendiri mempunyai masalah rabun tapi tak salah jika kita menjaga kesihatan mata kita dari terus menjadi teruk kan. Dan bagi mereka-mereka yang tak mempunyai masalah mata rabun atau silau ni. Silalah jaga mata korang dengan baik.

Di sini Ida nak kongsikan 10 makanan terbaik untuk mata yang sihat.

10 MAKANAN TERBAIK UNTUK MATA YANG SIHAT


1. Lobak merah


Selalu orang kata nak mata yang sihat kena banyakkan makan lobak merah kan. Ini kerana lobak merah sumber vitamin A, serat dan kalium/potassium yang baik. Ia membantu melindungi mata kita dari buta malam dan juga melindungi sel-sel dan retina mata kita. Ia juga membantu mengekalkan kornea yang sihat dan mengurangkan risiko degenerasi makula.

2. Bayam


Ida sendiri mahupun anak-anak suka makan sayur bayam ni. Bayam mengandungi jumlah vitamin C dan nutrien yang tinggi seperti lutein dan zeaxanthin. Ia dikatakan dapat membantu menurunkan risiko degenerasi makula dan katarak. Ia juga membantu melindungi retina dan bertindak sebagai pelindung matahari untuk mata kita.

3. Ubi keledek



Ubi keledek kaya dengan beta-karoten, antioksidan dan vitamin A dan C yang membantu menurunkan risiko degenerasi makula dan katarak di mata kita.

4. Lada benggala


Lada benggala merupakan sumber yang tinggi dengan lutein, zeaxanthin, beta-carotene dan vitamin A, B6 dan C. Ini semua membantu meningkatkan penglihatan dan melindungi mata kita daripada katarak. Oleh itu, lada benggala ni sangat membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan mata kita.

5. Aprikot



Aprikot ni agak mahal jugak harganya kalau di pasaran. Kebanyakkan di kedai ada jual buah aprikot yang kering.

Aprikot kaya dengan lycopene dan karotena. Ia sangat membantu meningkatkan kadar penglihatan dan mencegah kerosakan pada sel dan tisu mata kita. Malah ia juga membantu mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak.

6. Buah oren


Buah oren memang senang untuk didapati di pasar raya mahupun kedai-kedai biasa. Oren adalah sumber vitamin C, lutein dan zeaxanthin. Ia membantu mengurangkan risiko degenerasi makula dan katarak mengikut peningkatan usia kita.

7. Blueberry


Blueberry membantu untuk meningkatkan penglihatan dan fungsi mata anda yang sihat. Ia mempunyai ciri-ciri antioksidan, anti-radang dan rhodopsin-regenerasi. Ia membantu mencegah penyumbatan pada arteri yang membekalkan oksigen ke retina.

8. Coklat gelap/dark chocolate




Siapa tak suka makan coklat kan? Tapi coklat yang lebih baik dan sihat ialah coklat gelap. Coklat gelap kaya dengan flavonoid yang membantu melindungi saluran darah di mata kita. Malah ia juga membantu menyihatkan kornea dan kanta.

9. Ayam belanda



Kita di Malaysia selalunya hanya makan ayam tetapi negara Barat kebanyakkannya makan ayam belanda. Ayam belanda agar mahal dari ayam yang biasa dan susah ditemui.

Ayam belanda sebenarnya mengandungi sejumlah besar zink dan vitamin B niacin yang membantu melindungi mata kita daripada katarak.

10. Telur



Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa sendiri pun suka makan telur.

Telur adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat. Ia adalah sumber protein, zink, asid lemak omega-3, antioksidan, lutein dan vitamin seperti vitamin A, B dan E. Ia membantu mengurangkan risiko katarak dan degenerasi makula (AMD) mengikut usia kita.


Bagaimana Caratomax Shaklee membantu untuk mempertingkatkan penglihatan?


Ini kerana ia akan menghasilkan 'ungu visual' yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ini akan mempertingkatkan masalah penglihatan seperti rabun malam, rabun dekat,mata kering,kelesuan mata, glaucoma,katarak dan banyak lagi.

Testimoni pengguna:




Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR) 
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya 


Post a Comment

3 Comments