Pages

Sunday, August 5, 2018

KATA MADAH 13#

Assalammualaikum...


Selamat petang korang..

Semalam di Kemaman hujan ribut, habis terbang tong sampah rumah jiran-jiran. Atap bocor la. Paling teruk atas zink perumahan taman sebelah Ida tercabut habis. Hari ni adalah proses pembersihan dan pembaiki dijalankan.

Petang ni pun hujan jugak tapi alhamdulillah takdela teruk berangin macam semalam.

Jadi petang ni Ida nak kongsikan sedikit kata madah buat kita semua.



Orang yang HEBAT adalah mereka yang boleh membezakan antara yang baik dan buruk, 

manakala orang yang LEBIH HEBAT adalah mereka yang boleh mencari KEBAIKAN dalam KEBURUKAN  

Kata-kata ini Ida boleh beri sedikit pandangan... 

Ramai orang sebenarnya susah nak membezakan keburukan apabila sesuatu perkara berlaku. Mungkin ada masalah kewangan dan sebagainya. Desakan seperti itu membuatkan mereka menjadi lupa mana yang buruk dan yang baik. Bagi mereka "desakan" itu yang menjadi tumpuan.

Sebaiknya pada waktu ni, kita perlu kembali kepada-Nya. Mungkin kita lupa akan-Nya. DIA hanya berikan sedikit ujian kepada kita supaya kita ingat pada-Nya dan di situ kita boleh bezakan mana yang baik buruknya.
5:48:00 PM / by / 1 Comments

1 comment:

  1. kat sini dah lama tak hujan. by the way saya suka kata kata madah tu

    ReplyDelete