Setelah sekian lama menghilang, Ida kembali lagi menaip walaupun agak kemalasan sekarang ni. haha. Kadang ada mood yang malas ni datang, nak buat apa pun.
Macam mana cuti sekolah korang baru-baru ni? Minggu pertama tu Ida ada balik ke Port Dickson, kemudian seminggu sebelum buka sekolah Ida ke Splash Mania Gamuda Cove Dengkil, Selangor. Melayankan si kiddos nak main air. Plan ni agak last minute juga sebab sebelumnya hanya merancang nak ke Bangi Wonderland sahaja sebab tiket lebih murah tapi disebabkan banyak slide kat situ lebih 100kg tak boleh naik jadinya ubah plan ke Splash Mania.
Kalau tiket beli kat website memang agak mahal, harga hampir sama macam tiket ke Sunway Lagoon. Alhamdulillah Ida dapat harga murah bawah RM100 je dengan agent travel yang jumpa dalam Tiktok.
Untuk penginapan pula, Ida stay di MAYA BAY RESIDENCES yang berdekatan dengan Splash Mania. Kawasan sini masih baru lagi jadinya memang tak banyak kemudahan terutamanya kedai makan. Korang kena pergi jauh sikit ke bandar dalam 13km untuk makan atau beli barang runcit. Jadinya kalau korang ke sana baik bawa makanan siap-siap atau beli dulu. Kalau dah masuk ke Splash Mania tu boleh je makan kat sana, dah nak balik tu boleh singgah beli makanan di kedai bahagian luar Splash Mania tu.
Boleh tengok video homestay di sini : Maya Bay Residences
Hari pertama sampai sana, kiddos dah nak terjun masuk ke dalam kolam kat homestay dulu. Ida pula ingatkan nak masuk ke dalam gym tapi macam malu pula..hahaha. Jadinya teman kiddos jelah mandi kat situ sebab masa pun dah pukul5 lebih. Kolam ni buka sampai pukul10 malam tapi takkan la nak stay situ sampai magrib kan.hehe.
Esoknya sebelum buka Splash Mania dah ke sana dalam pukul 9.30 pagi, tu pun sampai sana dah ramai orang start beratur. Even korang beli tiket secara online pun tetap kena beratur ye, sebab nanti akan ada seksyen untuk check beg korang sebab makanan luar tak boleh bawa masuk. Botol air boleh bawa tapi tak silap untuk botol 400ml je.
first slide ni naik 3 orang je sebab terlebih muatan
ni untuk anak-anak. Memang besar dan slide pun banyak untuk anak kecil
ada je show dalam masa-masa tertentu. Mandi ramai-ramai macam ni sila hati-hati ye. Jangan kusyuk sangat tengok orang menari
Di Splash Mania ada lebih 39 slide dan ride untuk korang naik termasuk untuk kanak-kanak. Sebelum naik memang staff akan timbang berat korang dulu dan ada ukuran ketinggian untuk naik slide. Kalau terlebih berat atau kurang memang tak boleh naik. Jadinya kena la salah satu mengalah atau bergilir naik. Nak naik tangga tu la malas..tinggi..haha. Ida pun hanya naik beberapa slide je sebab taknak terlalu basah.haha. Lepas tu hanya teman kiddos je kat tepi. Ada cabana untuk stay ada je tapi agak mahal. Tapi if korang pergi ramai, boleh la share. Tak berbaloi la kalau just kami je. Jadinya hanya lepak di tepi je, jangan risau ada je tempat nak duduk lepak. Nak senang, uolls bawa tikar sendiri. Harga cabana boleh check dalam website.
boleh sewa loker sini ada 3 size berbeza
map untuk korang rujuk
list semua slide dan ride
hah sebelum masuk sana boleh la ukur tinggi korang dulu kat sini
Makan tengahari pun di situ je. Malas nak pusing cari, jadinya makan kedai depan mata je lepas turun slide tu. Makanan mamak pun jadi la, asalkan kenyang walaupun tak berapa sangat nasi kandar die. Ada komen Nasi ayam gempuk sana sedap, tapi sebab malas nak cari, tak dapat la rasa. Habis makan tu, pusing tengok ada kat sebelah wave pool je.haha. Nasib la
Kami main sampai pukul3 lebih macam tu, habis salin baju singgah tapaw makanan kat kedai makan luar Splash Mania tu. Kedai tu buka sampai 5.30 je, jadi korang kalau takde makanan untuk dinner tu baik tapaw makanan siap-siap. Nasi putih ayam gepuk die not bad la sedap, portion pun banyak. Dah ada makanan malam tu tak risau sangat. Ida siap tapaw nasi goreng kampung untuk sarapan esok. Senang kan. Nasi tu boleh simpan dalam peti sejuk, dan panaskan dalam kuali nanti. Kat homestay ada dapur dengan periuk, tapi rice cooker takde. Kalau homestay lain tak pasti, mungkin lain.
Sebelum balik ke Kemaman, kitorang singgah dulu di IOI City Mall, Putrajaya memandangkan dah dekat situ je. Sempat la merasa nak makan KFry Urban Korea kat situ. Kalau nak tahu IOI City Mall ni besar giler dan memanjang. Kalau seharian pusing sini memang tak habis kot.haha. Jadi dinasihatkan korang jangan pusing sini pakai heels ye, sila pakai kasut atau sandal je. Ida sendiri tak pusing habis sebab dah penat. Ice skating kat sini pun ada tau. Nak main tapi malas nak turun masuk sana. haha.
menu utama sini yang nak try sangat
yang ni recomended kena try, sedap dan kenyang. Nanti staff akan tolong buatkan rice ball ni
Actually datang sini nak shopping sikit baju tshirt raya untuk kiddos, kebetulan ada juga sale memang agak berbaloi la. Ida dapat beli wallet Carlo Rino ni dengan harga RM140 lebih je selepas diskauan. Not bad kan.
Jadi ini je story sepanjang cuti sekolah baru ni. Kat bawah Ida sertakan sekali nombor agen travel kalau korang nak ke sini. Ada juga pakej untuk tempat lain ye yang pasti memang berbaloi.
Ramadhan juga akan tiba tak lama lagi, jadi di kesempatan ini Ida nak ucapkan Selamat Berpuasa kat semua,semoga semua amalan kita diterima sepanjang bulan berkah ini. aamiin
Website: Splash Mania Gamuda Cove
Marsha Ceotravelagency : @ceotravelagency
0 Comments