SHORT VACATION: CASA HILL RESORT SG LEMBING, PAHANG

Assalammualaikum..

Minggu ni dah mula persekolahan anak-anak selepas seminggu lebih cuti sekolah baru-baru ni. Ke mana sahaja korang masa cuti sekolah hari tu? Kalau tengok pada socmed ramai orang pergi bercuti di tempat yang sesak seperti Cameron Highlands atau Genting Highlands. Ada juga yang pergi ke bandar besar sepertib Kuala
 Lumpur.



Kalau macam Ida selalunya cuti sekolah memang akan pergi camping cuma la cuti sekolah kali ini ditunda sebab keadaan cuaca panas dan tak menentu sekarang ni. Serius bukan nak cakap apa la, cuaca sekarang memang sangat panas. Kalau duduk dalam rumah tu, bahang panas die tak boleh nak kata pe..sampaikan bil elektrik bulan ni naik banyak sebab terlalu kerap buka aircond. Sebab tu cuti sekolah kali ini, Ida pergi bercuti di Casa Hill Resort, Sg Lembing, dalam 1 jam lebih perjalanan je.

Ida di sini hanya 2 hari 1 malam sahaja sebab kawasan ni memang tak banyak daya tarikan, tapi sesuai untuk yang nak healing dengan suasana pedalaman , jauh dari suasana sibuk di bandar.


Actually ada je banyak tempat menarik di sini, tapi ada yang kena naik kereta pacuan 4x4 untuk naik bukit seperti Air Terjun Pelangi atau Kolam Air Panas Sungai Jin ( Hot Spring Well River Bank ). Kalau nak ke sini ada disediakan perkhidmatan sebanyak RM60 seorang. Kawasan lain seperti Bukit Panaroma, korang boleh hiking awal pagi naik ke sama. 

Hari tu Ida hanya pergi ke Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Muzium Sg Lembing. Ada 3D Gallery Sg Lembing juga kat situ tapi tak buka pun masa tu.

Muzium Sg Lembing 







Jambatan Gantung Kolong Pahat







Kami makan pun hanya kawasan kedai makan berdekatan je, kedai kampung macam tu. Dalam Casa Hill ni ada je cafe tapi tak buka, tak tahu la sebab apa mungkin masih terkesan dengan keadaan PKP dulu. Kedai makan cina memang banyak sini, jadi ada beberapa je kedai melayu yang ada. 




puas hati makan malam kami dekat kedai ni, berhadapan dengan padang permainan, Portion memang banyak, seafood pun segar

Tapi takde la bosan sangat kat sini, anak-anak seronok la boleh mandi kolam dari 8 pagi sampai 8 malam die buka. Ada permainan di sini seperti snooker, pingpong, mahjong, dan karaoke. Kalau karaoke tu free je, kalau permainan lain korang kena letak deposit dalam RM20, nanti dah habis main akan dapat balik. Mungkin sebab nak cover kalau ada kerosakan. Kalau snooker ni, RM15 sejam tapi bayar RM30 untuk deposit RM15, baki korang akan dapat selepas habis main. Kalau nak berbasikal pun ada, RM15 untuk 3 jam. Filter water disediakan, korang boleh je pergi isi air sini. 




Dekat sini ada 3 jenis bilik seperti standard cabin sesuai la untuk 2-3 orang, White Cottage dan Penthouse untuk dalam 10 orang, Family Suite dan Villa Deluxe untuk 2-4 orang. Ida stay dalam bilik Villa Deluxe je dengan 2 katil Queen. Ok la sebab hanya stay semalam je. Bilik Ida stay ni ada aircond dan kipas, bilik lain tak pasti tapi rasanya semua sama je.




Boleh lagi repeat datang sini kalau nak keadaan suasana yang tenang, relax-relax kan badan tanpa fikir benda lain. hehe

Casa Hill Resort

189, Jalan Sungai Arang, Kampung Jeram Takar, 26200 Sungai Lembing, Pahang


Post a Comment

3 Comments

  1. PH suka tempat² macam ni... Save dulu dlm wish list :)
    Batu purple tu kuarza ke Ida?

    ReplyDelete
  2. Seronoknya bercuti ^^ Last datang ke sini, 7 tahun lepas. Banyak dah berubah ya.

    ReplyDelete