Assalammualaikum...
Cuti sekolah sudah bermula sejak seminggu yang lalu, jadi kesempatan ini Ida ambil peluang balik ke rumah ibu beberapa hari dengan anak-anak menaiki bas. Kebetulan jiran pun belum balik kampung, Ida minta tolong dia untuk hantarkan kami ke stesen bas.
Ida ambil tiket pagi jadinya petang dah sampai. Anak-anak pun tak la berapa penat sangat kalau nak dibandingkan balik ke Kedah. Seharian perjalanan memang agak penat juga la. Sampai sana ibu Ida ambil di Terminal Bas Seremban.
Niat Ida balik kali ini memang nak tolong ibu kemaskan rumah dan barang kedai disebabkan kedai ibu nak tutup, nak buat kat rumah je. Jadinya memang barang banyak kat rumah. Siapa yang berminat bab menghias pelamin, boleh contact Ida ye sebab ada beberapa barang nak jual juga sebab keadaan ruang yang tak mengizinkan. Korang boleh contact Ida melalui media sosial.
Keadaan cuaca di sana juga agak baik, tidak terlalu panas walaupun kadang ada juga hujan. Kebetulan adik Ida juga ada balik dari Giat Mara Seremban, jadi sama-sama tolong kemas rumah. Hari Isnin tu selepas hantar adik semula ke asrama, kami berjalan la di sekitar Seremban sahaja. Niatnya nak ke muzium, alahai hari Isnin kebanyakkan muzium tutup, jadinya kami berjalan ambil gambar di Lorong Seni Seremban sahaja.
Keadaan bandar Seremban ni memang sibuk Hari Isnin, dan setiap Lorong Seni Seremban ni memang sempit dan susah nak parking. Jadinya setiap kali masuk lorong, akan parking sekejap di tepi kemudian cepat-cepat ambil gambar. haha. Nasib la semua gambar cantik dan kamera handphone ku bagi kerjasama. Nasib juga la Ida ada terdetik nak bawa tripod sekali, so smooth je nak ambil gambar semua.
Tak semua gambar yang Ida ambil, hanya ambil gambar yang menarik perhatian je.kih..kih. Ikutkan memang sangat banyak dan bestnya semua mural sini memang cantik dan jelas. Bagus la diorang jaga lukisan murah sini. Cuma mencabar bab parking la. Nak senang korang boleh parking mana-mana dan berjalan la kat setiap lorong.
Korang yang mana berjalan di Seremban, wajib datang ambil gambar kat sini. Memang cantik sangat.
Cantik-cantik kan semua gambar. Banyak lagi gambar tapi biarla Ida kongsikan yang ni je.
6 Comments
"Seronok baca pengalaman balik kampung dan jalan-jalan kat Lorong Seni Seremban. Muralnya cantik-cantik, dan tips bawa tripod serta parkir memang berguna. Nanti boleh try singgah kalau ke Seremban. Insyallh
ReplyDeletehaha..memang kena standby..kalau lambat memang kena pusing pula la lorong tu bila kereta nak lalu
Deletebest nya...MA yg dok seremban pun x pernah bergambar kat sana
ReplyDeletekita pun first time juga bergambar kat sini
DeletePendekar Mustar pun ada. Cantik lukisannya ya.
ReplyDeleteyes..cerita lama-lama ada sini..dari zaman dulu sampai moden pun ada..
Delete