7 VITAMIN TERBAIK UNTUK OTAK YANG SIHAT DAN CERDAS

Assalammualaikum...

Kita orang dewasa ni sangat terbiasa dengan penyakit "pelupa". Semakin berusia, semakin rendah tahap daya ingatan kita. Sehinggakan kadang kala benda kecil pun kita jadi mudah lupa.




Sebagai ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil mesti kita nak otak anak-anak kita kuat daya ingatan, sihat, cerdas dan boleh fokus dalam pembelajarannya.

Selain pemakanan yang seimbang, aktiviti seharian yang sihat. Makanan tambahan atau supplement juga membantu untuk otak yang sihat dan cerdas. Ini kerana kadang kala pemakanan seharian kita tidak cukup menampung keperluan zat yang diperlukan oleh badan kita.



Tubuh badan kita perlu sihat malah otak kita juga memerlukan vitamin atau zat yang cukup bagi ia berfungsi dengan baik. Bila otak sihat, badan kita juga akan sihat kan.

Di sini Ida nak kongsikan 7 vitamin terbaik untuk otak yang sihat dan cerdas.

7 VITAMIN TERBAIK UNTUK OTAK SIHAT DAN CERDAS

1. Vitamin B


Sel-sel saraf dan neuron di dalam otak berkomunikasi antara satu sama lain termasuk badan kita menggunakan satu talian dipanggil neurotransmitter. 

Institut Linus Pauling menyatakan bahawa vitamin B termasuk vitamin B-6, vitamin B-12, thiamin, riboflavin, niacin dan folat diperlukan untuk menghasilkan neurotransmitter. 

Vitamin B-6 juga membantu mengawal ikatan antara sel dari satu neuron ke neuron yang lain. Selain itu, vitamin B-12 diperlukan untuk mengekalkan lapisan luar neuron. 

Vitamin B terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuk bijirin penuh, daging tanpa lemak dan tenusu.

2. Vitamin C


Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu mengeluarkan racun dan sisa. Dalam satu kajian mengatakan, Vitamin C boleh membantu mencegah pembentukan racun di otak yang boleh membawa kepada gangguan seperti Alzheimer di mana ia memberi kesan kepada memori dan Parkinson yang boleh merosakkan saraf. 

Vitamin C juga diperlukan untuk pengeluaran neurotransmitter. Selain itu, ia membantu membina kolagen tisu elastik yang membuat arteri fleksibel untuk mengalirkan aliran darah ke otak. 

Sumber makanan yang baik vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah sitrus, brokoli, kentang, bayam dan tomato.

3. Vitamin E


Vitamin E juga merupakan antioksidan yang membantu melindungi tisu otak dari kerosakan. Kekurangan vitamin E ni boleh membawa kepada masalah seperti keseimbangan dan koordinasi terjejas atau dipanggil ataxia malah pergerakan mata menjadi tidak normal. 

Vitamin E sangat penting untuk otak yang sedang berkembang pada terutamanya kanak-kanak. Malah, Pusat Perubatan Universiti Maryland melaporkan bahawa ia boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer dan juga melambatkan perkembangannya. 

Sumber makanan kaya vitamin E termasuk bijirin gandum, hati, telur, sayuran minyak dan sayur-sayuran berdaun hijau

4. Vitamin D


Vitamin ini diperlukan untuk perkembangan otak yang normal dan dapat membantu mencegah gangguan yang mempengaruhi otak, seperti multiple sclerosis dan Seasonal Affective Disorder (SAD).

Kekurangan vitamin D boleh menjejaskan fungsi otak dan kemampuan kita untuk berfikir, menumpukan perhatian dan menyelesaikan masalah dengan baik.

Badan kita sendiri juga boleh menghasilkan beberapa vitamin D dan juga terdapat dalam ikan berlemak seperti salmon, tuna dan sardin, telur, susu diperkaya dan bijirin.

5. Omega 3



Tahu tak 50% daripada otak kita ialah lemak dan hampir 30% daripada lemak adalah salah satu daripada banyak asid lemak Omega-3. 

Bagi kanak-kanak, asid lemak omega 3 sangat penting bagi membantu membina sambungan neural yang betul dan membantu mewujudkan penghalang yang melindungi saraf sepanjang hayat. 

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi makan makanan rendah lemak atau diproses adalah sebanyak 30 mata IQ di belakang rakan sebaya mereka. Ini sudah cukup untuk membezakan antara normal dan retarded mental.

Kekurangan Omega-3 memberi kesan besar kepada mood, kawalan tekanan serta ingatan.

6. Magnesium


Magnesium sebenarnya terlibat dalam banyak proses biokimia dalam tubuh badan kita seperti metabolisme tenaga dan otot dan impuls saraf. Ia melindungi sel-sel saraf daripada neurotoxins dan sistem saraf daripada kemurungan, kegelisahan, apati dan sakit kepala. 

Magnesium juga penting untuk penukaran banyak vitamin B ke dalam bentuk aktif mereka dan telah terbukti dapat meningkatkan memori dalam jangka panjang.

7. Zat besi atau iron


Zat besi memang sangat penting untuk mengangkut oksigen serta membentuk sel darah merah. Ini mengelakkan kita ada masalah anemia atau kekurangan darah. Tetapi jika berlebihan boleh menyebabkan masalah demesia dan kemerosatan otak.



Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments