KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KEMAMAN 2026 L12 & L18

 Assalammualaikum..

Setelah sibuk dengan latihan anak-anak dari start persekolahan selepas raya hari tu. Memang agak penat sebab kiddos setiap hari ada latihan. Training hanya dalam masa 2 minggu je sebelum perlawanan.


Aqil tahun ni kali pertama dia dapat bermain bola tampar. Tahun sebelum ni die punya feel nak main tu takde, hahaha. Masa tu sibuk dengan UPKK dan dia cakap tak tahu ada pemilihan bola tampar. Tahun ni ada cikgu yang panggil die join main. Alhamdulillah terpilih dan menjadi pemain utama. Ikutkan tahun ni yang join semuanya beginner. Masih asas basic, jadi sayang sebab tahun lepas hanya tahun 6 sahaja yang main, takde pelapis untuk tahun ni. Jadinya tahun ni, baru ni ramai tahun 5 yang dapat bermain, ok la tu. At least tahun depan dah ada boleh jadi pemain utama, Hanya beberapa orang tahun ni pemain utama dah takde tahun depan.

masa training Aqil

masa training Asyraf

Perlawanan berlangsung pagi, akan ada perlawanan dalam group dulu dan team sekolah Aqil menjadi Johan Kumpulan. Alhamdulillah menang lawan 2 buah sekolah walaupun masing-masing masih baru dalam sukan ni. The next game, takde rezeki..kalah mati. Padahal pada awal game diorang dah leading mata, biasa la ada la kesilapan happy terlalu awal. Jadi careless. Maybe diorang ingat akan ada satu lagi game lepas tu. Ada budak yang nangis juga, kesian pula tengok. Sebab masing-masing baru nak rapat satu team. After this, dah takde. Akan ada game untuk bawah 11 tahun pula. Jadinya Aqil dah tak dapat nak bermain lagi.




Game abang pula, Ida tak dapat pergi awal pagi sebab Ida menjual hari tu. Masa game si Aqil, Ida dah cuti memandangkan dia first time main, nak bagi semangat. Time game abang memang selalu Ida akan pergi tengok petang. Tapi takde rezeki team abang tahun ni sampai final, kalah masa nak masuk semifinal. Sedangkan tahun lepas diorang Naib Johan. Si abang agak sedih juga kali ni tak menang, tak pe lah biasa la adat bermain ni ada naik dan turunnya. 


Tahun ni tengok memang banyak persaingan, hebat-hebat semuanya. Masing-masing spike bola boleh tahan. Ni kalau Ida main sekali ada juga yang merah muka kena bola..haha. Akan datang abang ada game untuk MASMAT pula. MSSD dah berakhir kena usaha pula memamg untuk tahun depan. Insyaallah...



Apa-apa pun Ida bangga dengan diorang at least boleh bermain dengan baik, takde aqpa-apa kecederaan sangat. Dan paling penting jangan mengalah. 

No comments:

Post a Comment