Assalammualaikum...
Setelah selesai Kejohanan Bola Tampar MSSD dan MSST bulan April tempoh hari, sekolah agama sambung pula dengan Kejohanan antara sekolah-sekolah agama iaitu MASMAT. Baru hari ni Ida berkesempatan nak kongsi di sini.
Si abang tempoh hari, selepas cuti raya haji sambung training semula untuk sukan bola tampar. Perlawanaan diadakan di Besut Terengganu selama 3 hari dan anak-anak stay di asrama SMA Ittifakiah. Pagi hari mummy dah hantar dan tunggu sampai asyraf naik bas memandangkan mummy tak boleh ke sana nak tengok dia bermain. Jauh tu..haha. Adik dia pula sekolah lagi, tak siapa nak uruskan.
Tahun lepas dia ada main juga tapi pemain simpanan, dan tahun ni dia ada dalam barisan pemain utama. Perlawanan dijalankan pada hari yang sama juga untuk grouping dan alhamdulillah menang semua game dan dia pun sentiasa call atau wasap update ke Ida.
Keesokkanya juga sambung perlawanan macam biasa sebab ada group yang tak sempat habis main hari sebelumnya. Kalau tahun lepas diorang main sampai malam, tahun ni maybe sebab kesian ke anak-anak sampai ke pagi kena berjaga so tahun ni diorang main sampai petang je dan sambung hari lain.
Dan alhamdulillah tahun ni team bola tampar lelaki dapat Naib Johan juga macam tahun lepas dengan beza mata yang sangat dekat. Rezeki diorang situ je, tak pe tahun depan boleh buat lagi sampai jadi johan.
Walaupun hanya dapat Naib Johan untuk team bola tampar lelaki, sukan lain pun Al-Falah ada menang sebagai johan. Dan alhamdulillah tahun ni, Al-Falah telah dinobat sebagai Johan Keseluruhan Sukan MASMAT 2026. Tahniah semua anak-anak dan cikgu-cikgu yang telah berjuang termasuk ibu bapa yang telah sama-sama sokong anak-anak.
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN SUKAN MASMAT 2026
1️⃣ Badminton Lelaki
🥇 Johan: MTQT
🥈 Naib Johan: SMASZAL
🥉 Ketiga Bersama: SMA Maarif & SMA Al-Falah
2️⃣ Badminton Perempuan
🥇 Johan: SMA Mahmudiah
🥈 Naib Johan: SMA Ittifakiah
🥉 Ketiga Bersama: SMA Khairiah & SMA Al-Falah
3️⃣ Ping Pong Lelaki
🥇 Johan: SMA Al-Falah
🥈 Naib Johan: SMASZAL
🥉 Ketiga Bersama: SMA Mahmudiah & SMA ASZA
4️⃣ Ping Pong Perempuan
🥇 Johan: SMA ASZA
🥈 Naib Johan: SMA Khairiah
🥉 Ketiga Bersama: SMA Al-Falah & SMASID
5️⃣ Bola Tampar Lelaki
🥇 Johan: SMASID
🥈 Naib Johan: SMA Al-Falah
🥉 Ketiga Bersama: SMA Mahmudiah & SMA Marang
6️⃣ Bola Tampar Perempuan
🥇 Johan: SMA Maarif
🥈 Naib Johan: SMA Setiu
🥉 Ketiga Bersama: SMA Khairiah & SMA Marang
7️⃣ Sepak Takraw Menengah Atas
🥇 Johan: SMA Al-Falah
🥈 Naib Johan: SMASZAL
🥉 Ketiga Bersama: SMA Setiu & SMA Ittifakiah
8️⃣ Sepak Takraw Menengah Rendah
🥇 Johan: SMA Setiu
🥈 Naib Johan: SMA Maarif
🥉 Ketiga Bersama: SMASZAL & SMA ASZA
9️⃣ Bola Jaring
🥇 Johan: SMA Khairiah
🥈 Naib Johan: SMIDI Dungun
🥉 Ketiga Bersama: SMA ASZA & SMA Ittifakiah
🔟 Futsal Menengah Atas
🥇 Johan: SMA Al-Falah
🥈 Naib Johan: SMASID
🥉 Ketiga Bersama: SMA ASZA & SMA Ittifakiah
1️⃣1️⃣ Futsal Menengah Rendah
🥇 Johan: SMASZAL
🥈 Naib Johan: SMA Mahmudiah
🥉 Ketiga Bersama: SMA Setiu & SMA Ittifakiah
Apa-apa pun Ida bangga dengan semua anak-anak yang telah berusaha. Si Asyraf cerita semua kawan-kawan menangis masa last game final tu. Takpelah masing-masing dah usaha and Ida sendiri tengok diorang berlatih setiap hari pagi dan petang. Tahun depan kita cuba lagi okay.














No comments:
Post a Comment