Assalammualaikum...
Dah lama rasanya tak menapak kat sini. Rindu juga nak cari idea menaip macam dulu. Nak kongsi macam-macam tapi itu la. Keadaan agak kelam kabut, agak sibuk juga dengan urusan harian. Malam pun tidur agak awal. Masa cuti ambil masa untuk rehatkan badan.
Macam mana dengan raya korang tahun ni? Tahun ni Ida balik beraya ke Kedah. Ida bertolak malam Rabu memandangkan fikir Jumaat akan raya. Dah sampai sana pagi Khamis tu, pengumuman kata raya hari Sabtu. Hmmm..homestay pun dah booking. Nak tak nak pagi raya tu memang kena check out dan check in pula kat hotel. Nasib la ada bilik yang kosong.
Cuaca raya tahun ni di Kedah sangat panas. Masa hari raya pertama pun dah suhu hampir 40..hari kedua di Perlis suhu 43..agak mencabar wei. Nasib la tak pengsan tapi bibir kiddos memang kering sangat. Time beraya mana la nak minum air masak banyak sangat, pergi beraya memang akan minum air manis je.
Tahun ni tema baju raya ikut pilihan ramai, teal blue. hahaha. Nasib la kain jenis tak berapa panas. Kalau tak meleleh juga air peluh ni. Korang tema apa pula tahun ni?
Di kesempatan ini Ida nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Ida, Kak SA kat Seremban as usual, tema kaler Navy Blue + Light grey..welcome back..selamat menulis...
ReplyDelete