YUMEAT AYAM BRAND: HALAL PLANT BASED MEAT

 Assalammualaikum...

Ayam Brand salah satu jenama dari Singapura yang sangat dikenali sejak tahun 1892 lagi. Selain untuk Ayam Brand juga telah keluarkan pelbagai jenis makanan yang memudahkan semua untuk masak atau terus di makan.


Baru ini Ida ada kongsikan Pes Ayam Brand yang Ida selalu bawa masa pergi camping. Bagi Ida memang mudah pes macam ni, senang nak memasak kat sana. Tak perlu la sampai nak kena potong banyak bahan sangat. Kali ini Ida nak kongsikan pula Yumeat Ayam Brand iaitu salah satu makanan dalam tin yang berasaskan plant-based yang juga boleh terus di makan atau masak dahulu. 


Kalau yang ini pun sesuai untuk mereka yang vegetarian sebab bahan-bahannya memang berasaskan tumbuhan. Ida dah cuba goreng dan letakkan atas makanan pun sedap. Lepas tu try pula masak mee segera dan masak sekali dengan Yumeat ni macam ala-ala orang Korea tu letak ham kan. Memang sedap wei makan.



Yumeat Ayam Brand ini :

  • berasaskan protein penuh
  • tinggi protein
  • 7x fiber
  • kolesterol free
  • tiada antibiotik
  • tiada perasa tambahan
  • non GMO
  • Halal
kalau yang ini boleh diletakkan atas bubur atau nasi air



Bagi mak-mak macam Ida mesti suka ni, senang kerja memasak lebih-lebih bagi yang berkerjaya. Korang boleh beli ni di mana-mana pasaraya berdekatan dengan rumah korang okay!

Post a Comment

5 Comments