RUMAH TERBUKA TAMAN BANDAR PUTRA 2024

 Assalammulaikum..

Alhamdulillah tahun ni penduduk taman Ida berkesempatan untuk mengadakan Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri. Pertama kali di buat sepanjang duduk di sini, sebelum ni selalunya buat untuk raya Haji je tapi tahun ni Syawal pun berkesempatan nak buat majlis sambutan raya pula.


Gambar ni tak semua yang ada, masih ada yang duduk kat meja makan termasuk Ida.haha. Malas dah nak bangun bergambar. Anak-anak pun dah lari ke mana dah main sana sini. 


Makanan semua hasil jiran-jiran bawa makanan, macam potluck la. Walaupun tak semua yang bawa makanan tapi makanan yang sedia ada memang banyak. Itu pun ada juga lebihan untuk bawa balik. 






Tahun ni siap geng bapa-bapa masak lemang lagi, ada photobooth raya, pertunjukkan bunga api..memang meriah la semalam. Anak-anak pun siap dapat duit raya lagi. Suka la anak-anak, dapat makan, main bunga api, duit raya lagi. Bukan sahaja penduduk melayu, jiran cina pun ada datang memeriahkan majlis. 



Majlis semalam pun habis sebelum hujan turun alhamdulillah walaupun petang tu dah dengar bunyi guruh dengan cuaca mendung. Sambutan kali ini memang agak menggalakkan, insyaallah tahun depan boleh buat lagi jika ada kesempatan.



Bila duduk dalam komuniti macam ni, masing-masing bekerjasama memang seronok kan. Insyaallah akan banyak lagi aktiviti macam ni pada masa akan datang. 

sebahagian dari kaum mak-mak


Kaum mak-mak memang jarang nak berjumpa, kadang kat luar tak kenal pun sebab jumpa sekali dua je. Dalam group sembang rancak tapi memang tak kenal muka. Biasa la tu kan..asalkan bila ada majlis macam ni, ada semangat bermuafakat sama-sama. 

Post a Comment

1 Comments

  1. wah meriahnya seronok dpt jiran macam ni, terigin nak buat dgn jiran2 mama juga

    ReplyDelete