SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

 Assalammualaikum...

Berlalu la sudah Ramadhan, sebulan berpuasa...sudah masuk Syawal pun. Dah ni dah sudah hampir separuh bulan Syawal pun, Ida baru kesempatan nak buka blog ni. Even di sosial media pun tak berapa nak buka, badan jadi terlalu penat sepanjang Ramadhan kali ini dengan cuaca yang agak panas.


Tahun ni Ida beraya di Kedah, alhamdulillah perjalanan masa ke sana memang lenggang tak jammed pun tapi masa balik memang agak jammed tapi tidak la berapa teruk berbanding mereka yang balik sehari sebelum persekolahan. Nasib la Ida balik awal 2 hari sebelum tu, kalau tak memang tak sampai lagi la rumah pada hari Ahad tu. Bayangkan la, jiran yang dari Kelantan nak balik Terengganu pun hampir 15 jam. Teruk jammed kali ini, ramai yang sangkut jammed nak balik rumah masing-masing.

Masa raya di Kedah, cuaca pun agak panas. Ada juga hujan turun tapi sekejap je. Balik ke Perlis pun sama juga panas, dengarnya masa bulan puasa di Perlis suhu cecah sampai 40'c..panas betul tu.

Balik dari Kedah tu, kebetulan ada kawan yang nak datang beraya dari Kuala Terengganu, dengan badan yang masih penat baru sampai 3.30 pagi tu, masak la juga Fettucini Carbonara, masak simple je..alang-alang tu panggil juga jiran mana terdekat yang ada di rumah. Alhamdulillah habis semuanya.

Di Kemaman

Di Kedah

Masih di bulan Syawal ni, Ida berkesempatan juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


Post a Comment

0 Comments