BERMULA LAH WAKTU PERSEKOLAHAN DAN SALAM RAMADHAN

Assalammualaikum..

Sudah nak masuk minggu yang kedua bulan baru ni, anak-anak pun dah mulakan persekolahan baru hari Ahad dan hari ini juga sudah masuk hari kedua kita berpuasa. Alhamdulillah..



Puasa tahun ini agak struggle bagi Ida memandangkan sejak perang berlarutan yang berlaku di Palestine sedikit sebanyak memang membuat kan hati ini memang terusik menangis setiap hari. Setiap kali tengok video yang berlaku di sana, rasa sedih sangat sebab tak mampu nak buat apa-apa. Hanya mampu teruskan boikot barang-barang Pro-Israeli, teruskan berdoa untuk selagi mampu.



Sekarang mereka di sana mengalami masalah keburukan sehinggakan ramai anak kecil yang meninggal sebab kekurangan makanan dan nutrisi. Allahu Akbar. Dengan anak kecil yang ditembak mati secara random tanpa apa-apa sebab. Allah...tangisan ibu-ibu dan anak-anak.

Dalam keadaan mereka di sana, masih ramai je orang di Malaysia ni buat ambil kisah tak kisah. Teruskan beli atau makan yang sokong Israeli ni. Bukan orang non Muslim tapi orang Islam sendiri masih ada yang buat macam tu tanpa rasa bersalah. Sedih dan marah sebenarnya nampak semua ni. Lebih sedih sebab orang Islam sendiri.

Anak Ida si Asyraf, masih belum bersekolah minggu ini sebab dapat tawaran sekolah agama. Alhamdulillah..tercapai juga hajat Ida nak bagi anak masuk sekolah agama macam Ida. Bagi Ida bagus masuk sekolah agama sebab seimbang. Even dah besar nanti boleh bekerja dalam 2 bidang. Sekurang-kurangnya ada basic yang kukuh. 



Sebenarnya sekolah mana-mana pun sama je, tapi cuma Ida nak anak-anak seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Tidak terlalu fokus pada yang satu. Ikutkan nak bagi dia masuk asrama tapi sekarang masih tengok pada kekosongan sebab pihak asrama utamakan mereka yang duduk jauh dahulu.

Minggu terakhir sebelum masuk bulan Ramadhan, Ida pun masih sempat bermain badminton dengan geng badminton sekali. Nanti selepas raya pula sambung bermain badminton.



Apa-apa pun pada anak-anak semua..SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH dan pada semua Ida nak ucapkan juga SALAM RAMADHAN..semoga bulan mulia ini kita diberikan keberkatan sepanjang masa. Aamiin...

Post a Comment

3 Comments

  1. Linda pun ad aniat nak hanta anak sek agama...moga2 antara 4 orang tu, ada lah seorang yang masuk sek agama..aamin

    ReplyDelete