BADMINTON TOURNAMENT 2023

 Assalammualaikum...

Beberapa minggu ini Ida sibuk dengan latihan bermain badminton, Dah hari Sabtu ini, the tournament is going on di Mesra Mall. Mulanya berdekatan dengan rumah sahaja, tapi bertukar tempat di sana. Agak jauh sedikit la dalam 30 minit lebih macam tu. 


Hanya dua kumpulan sahaja yang sertai, lebih kurang macam friendly sahaja la. Pihak kumpulan Cheneh dan kami di Chukai. Semuanya juga Ida baru kenal je, tak pernah jumpa pun sebelum ini. Pakaian masing-masing semua tak sama tapi kami bertemakan Palestine. Jadinya yang sama kami letak sticker Palestine di pipi masing-masing. haha


Setiap pair akan berlawan sebanyak 4 kali. Kumpulan yang cecah 30 markah dahulu di kira pemenang dan dikumpulan markah berkumpulan. Jadi jumlah keseluruhan kumpulan yang  dikumpulkan dan akan lawan ke peringkat akhir.


Pair Ida kami kalah keempat-empat game tapi perbezaan tak banyak pun. Beza dalam beberapa markah sahaja tapi ok la. Memandangkan kami pun baru first time main dan hanya main suka-suka sahaja. Itu dikira boleh tahan la juga dan merupakan pengalaman yang bagus. Lepas ni kena berlatih lagi walaupun hanya sempat seminggu sekali atau 2 kali sahaja. Masing-masing ada urusan sendiri dengan kerja dan anak-anak.







Dan akhir pertandingan, kumpulan kami menang Johan dan Naib Johan. Pemenang Johan dimenangi oleh Kak Yati dan pairnya sebanyak RM200 dan hamper. Pemain lain dapat juga trofi kecil sebagai saguhati.







Keesokan harinya, kitorang makan malam beramai-ramai meraikan kejayaan kami. Alhamdulillah..masing-masing happy dapat kenal rapat lagi satu sama lain. Insyaallah next time boleh join lagi.




Selepas ini kena rajin sikit la berlatih..hahaha. Diorang memang selalu berlatih tapi masa hari persekolahan dan agak jauh di bandar sedikit. Buat masa ni memang Ida tak sempat nak join diorang berlatih waktu pagi. Mungkin akan datang akan diusahakan.


Post a Comment

8 Comments

  1. wahhh.. bestnya main badminton.. tahniah ya...

    ReplyDelete
  2. tahniah di atas kejayaan ini. x menang x pe..janji persahabatan bertambah erat....

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah.. Seronok bila dapat bersukan macam ini..

    ReplyDelete
  4. Di tempat kerja ni ada gelanggang badminton tapi memandangkan rumah jauh jadi memang tiada kesempatan untuk bermain, lagipun sekarang dah jadi purba, stamina ke lautan dalam.. hahaha.. selain badminton, ping pong MakBudak join tapi sekarang dah tak aktif, bet yang ada berhabuk di tepi almari.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun dah lama nak bersukan ni, nasib la stamina masihi ok

      Delete