KENA COVID SEKALI LAGI?

Assalammualaikum..

Setelah lama menyepi akhirnya kembali lagi. Nak kata sibuk sangat tidak la juga tapi sebenarnya takde idea nak menaip. Punya nak cari benda apa nak tulis akhirnya tergendala macam tu je.


Semua tahu kan covid sekarang naik semula dan akhirnya terkena juga pada diri sendiri. Tak pasti berjangkit dari mana sebab bukan ke mana pun. Ulang alik ambil anak sekolah, ke kedai. Tapi yelah kalau nak kena, memang akan kena la juga kan. Hari selasa baru ni Ida hanya sakit tekak sahaja, ada la selsema sikit. Malam tu rasa tak sedap badan, makan la panadol dengan ubat batuk siap-siap. Dah tengah malam tu demam panas. Sampai sakit-sakit badan ni macam mencucuk. Ingatkan demam biasa je sebab lepas makan ubat pagi Rabu tu, tidur demam dah kebah. Semalam bangun pagi badan rasa sakit lagi, panas jadinya buat keputusan nak test covid. So resultnya memang ada walaupun tak terang mana pun. 


Semalam memang Ida tidur awal lepas makan ubat sebab memang tak larat sangat, mana dengan selsema,  hidung tersumbat, batuk lag. Pagi ni alhamdulillah,  baru la rasa segar sikit badan walaupun badan ada rasa sakit lagi. Semalam pun hantar anak sekolah suruh diorang duduk seat belakang, memang Ida pakai mask la even dalam rumah pun. Nak ulang alik ke dapur masak lagi, memang kena pakai mask. Lepas habis settle, masuk dalam bilik kuarantin.


Dan bermula la juga la Ida minum air ni balik. Minum suam-suam. Memang siapa batuk ke sakit tekak, berkesan minum air ni. Sedap je sebab ada letak gula melaka. Kes makin tinggi ni, risau tahun ni tak beraya la kita. Masing-masing kena raya di rumah ke guana ni. huhu

Post a Comment

5 Comments

  1. sy bimbang jikalau anak2 murid sy yg nak ambik SPM nanti kena Covid 19. Mohon dijauhkan...Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan semua.. Tambah yang SPM dan STPM.. Anak-anak yang nak periksa akhir tahun..

    ReplyDelete
  3. waktu dijangkiti covid dulu, anak MakBudak kena waktu sehari sebelum SPM. Allahu.. punyalah risau + menangis waktu tu. Berjangkit pula kena MakBudak, makin sedihlah dibuatnya tapi Alhamdulillah.. anak dapat ambil SPM selepas itu. 3 paper dia kena amik. Kenangan sungguh.

    ReplyDelete