SIBUK DENGAN LATIHAN BADMINTON SETIAP MINGGU

 Assalammualaikum...

Alhamdulillah hari ni baru terasa nak update blog ni selepas diam sekian lama. Sibuk dengan anak-anak dan latihan badminton setiap minggu.

Mana tak latihan kerapnya, mulanya rancang kami mak-mak ni nak main setiap minggu nak bagi keluar peluh je. Eh sekali ada kawan partner main yang main sekali ini ajak masuk tournament. Mana la tak kelakarnya. Dah la tak pandai sangat main, peraturan main pun Ida sendiri tak tahu.

Sekali partner Ida kata, jom jelah join. Bedal je main, orang nak gelak ke apa lantak la. Pengalaman semua tu kan. Main je macam biasa. Tak dapat pukul bola ke apa..biar jelah.hahaha.





Ida ni dah risau, sebab memang masih lagi dalam latihan nak dapatkan tempo bermain. Nak pukul kuat dan main backhand pun tangan masih lemah. Mungkin sebab kesan jatuh dulu, pergelangan tangan ni tak kuat mana. 

Ini pun Ida try belajar dengan tengok Youtube je. Mana tahu boleh membantu sikit-sikit walaupun masih banyak kesalahan lagi. Sabtu ni dah nak lawan, tak tahu la apa jadi nanti. Redah main je ni.

Kalah dan menang tu memang adat permainan tapi nak bagi mahir tu memang ambil masa sikit. Betul tak


Post a Comment

0 Comments