SAMBUTAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKEMA KALI KE-12

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari Selasa baru ni, anak Ida si Asyraf dah selesai menjawab exam PKSK. Lega rasanya dah selesai semua termasuk dengan exam UKM pada bulan lepas. Minggu lepas, sekolah telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan setelah beberapa tahun tergendala disebabkan covid-19. Alhamdulillah ini tahun terakhir si abang di sekolah dapat simpan kenangan macam ni.



Sejak dari tahun 5 memang dia agak sibuk dan aktif di sekolah. Tahun ni pun sama sampaikan guru besar cakap muka yang sama je masuk.haha. Masa awal tahun dia sibuk dengan sukan lain, kali ini dalam kejohanan sekolah dia masuk lumba lari dengan lompat tinggi. 

Majlis bermula awal pagi dalam pukul 8 lebih macam tu dan dimulakan dengan perarakan dari semua rumah sukan dan bacaan ikrar. Dan Asyraf menjadi wakil sekolah untuk bacaan ikrar.



Selepas bacaan ikrar, diadakan pertunjukkan bagi setiap rumah sukan. Macam bagi pertunjukkan lagu semangat bagi setiap pasukan.



Kemudian acara lumba lari diadakan. Untuk sukan lain seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru diadakan pada hari persekolahan biasa disebabkan masa. Kalau semua diadakan hari ini, memang tak sempat, mungkin sampai ke petang baru habis dengan cuaca panas sekarang ni. Jadinya hanya acara lumba lari sahaja diadakan untuk pagi tu.

Dimulakan dengan larian 70 meter dan 100 meter. Kemudian ada lumba lari untuk 4x100 meter dengan peserta jemputan dari 2 buah sekolah lain dan sekolah mendapat pingat emas. 






Kemudian baru la ada lumba lari antara rumah sukan untuk acara tu. Terakhir sekali ada lumba lari untuk ibu bapa dan guru. Kelakar juga sebab ialah kita ni bila dah jadi ibu bapa ni mana la ada masuk mana-mana sukan pun kan. Ikutkan Ida nak masuk juga tapi tak pakai kasut hari tu. Nak pakai stokin, nanti licin pula. Bagitahu dekat anak-anak. Kalau Mummy masuk ni, mesti menang..nasib tak pakai kasut je.hahaha







Ada juga yang ikut jejak Mummy dalam acara lumba lari ini, sebab Ida sendiri pun wakil sekolah dalam sukan lumba lari ni cuma tak menang. haha. Anak hebat lagi. Masuk sekolah menengah, Ida wakil sekolah untuk bola jaring sampai peringkat daerah. Dan wakil sekolah untuk sukan ping pong dan bola tampar.






Alhamdulillah selesai semua acara, dan tiba la pada waktu penyampaian hadiah. Dan alhamdulillah si abang dinobatkan sebagai Olahragawan Sekolah 2023 dengan 4 pingat emas ( 3 lumba lari, 1 lompat tinggi ). 


pingat emas satu lagi ada di rumah

ada sesi interview dengan Olahragawan dan Olahragawati Sekolah

Dan juara rumah sukan di menangi oleh Rumah Kuning. kemudian Rumah Merah, Rumah Hijau dan Rumah Biru. 






Tahniah buat semua yang menang dan terlibat, Tahun ni si Aqil tak masuk apa-apa acara, kita tunggu tahun akan datang pula. Mana tahu ikut jejak abang juga.



Boleh check video dalam Youtube Ida




Post a Comment

2 Comments

  1. tahniah kpd along. pelapis utk sek men nanti. sy dah 17 thn jd juruletih olahraga sek... entah bila la buleh berehat...

    ReplyDelete