7 JENIS WARDAH SKINCARE YANG PATUT KORANG CUBA!

Assalammualaikum..

Siapa yang tak kenal dengan produk skincare jenama Wardah ni kan? Jenama ini memang agak terkenal terutamanya di Indonesia. Sebelum ini memang Ida tak berapa ambil kisah jenama ni sehingga la Ida cuba sendiri bedak jenis powder sebab Ida tak selesa guna bedak jenis compact. Ini je yang sesuai dengan jenis kulit Ida yang kombinasi. Dan kemudian Ida cuba pula serum dia, yes sehinggakan beberapa botol Ida guna dan memang sesuai dengan kulit Ida.

Boleh dikatakan jenama ni agak murah dan mampu milik digunakan oleh student sekalipun.




Kali ini Ida nak kongsikan 7 item produk Wardah Skincare yang wajib untuk korang cuba.

1. Wardah Hydra Rose Gel to Foam Cleanser




Pencuci muka jenis buih dengan tekstur gelnya yang lembut membantu untuk hidrat sehingga 72 jam. Ia mengandungi Avalanche Rose Oil yang dapat membantu membersihkan kulit dari debu, minyak, kotoran mahupun sisa makeup tanpa mengeringkan kulit selepas mencuci.

Semua tahu kan, jika pencuci yang kita gunakan menyebabkan kulit kita kering bermakna ia tak sesuai dengan kita. Tapi tidak dengan pencuci muka Wardah ini,  malah membuatkan kulit menjadi lebih lembab.




2. Wardah Crystal Secret Exfoliating Toner with Natural AHA+PHA




Toner jenis ini mengandungi AHA+ PHA yang membantu untuk exfoliate sel kulit mati dengan lembut dalam masa yang sama akan mencerahkan dan meratakan tona kulit. Ia juga mengandungi Allantoin yang menenangkan dan melicinkan tekstur kulit.




Manakala Ekstrak Edelweiss yang merupakan formula untuk membantu mengekalkan dan melindungi kulit dari penyebab kulit kusam (cuaca, pencemaran habuk dan tekanan oksidatif), malah kulit pun akan menjadi lebih berseri-seri. Korang boleh menggunakan cotton pad atau tangan je dan dap pada kulit.




3. Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum




Masalah seperti kulit kusam, bintik hitam mahupun parut jerawat memang susah nak hilang kan. Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum dengan Ekstrak Edelweiss iaitu formula yang sama dengan toner untuk membantu mengekalkan dan melindungi penghalang kulit daripada faktor yang menyebabkan kulit kusam.

Ian juga digabungankan dengan 3 bahan aktif pencerah terbaik iaitu Alpha Arbutin, Tranexamic Acid, dan Niacinamide, yang berfungsi secara intensif untuk mencerahkan, meratakan warna kulit, dan menyembunyikan bintik hitam dan parut jerawat untuk kulit yang cerah berseri.




4. Wardah Hydro Rose Micro Gel Serum for 72 hours Hydrating Active
HydraMoist Micro Gel





Avalanche Rose Oil diekstrak melalui teknologi mesra alam yang dipatenkan untuk mendapatkan kandungan minyak pati terbaik yang khusus untuk kulit terhidrat sehingga 72 jam. Tekstur gelnya yang lembut dan sangat mudah diserap ke dalam setiap lapisan kulit.




5. Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel




Pencemaran udara, penyaman udara dan perubahan cuaca boleh menyebabkan kulit menjadi tertekan, kering dan ini lah penyebab kulit kita kelihatan letih dan kusam. 

Wardah Hydra Rose Dewy Aqua Day Gel, pelembab dengan tekstur gel yang ringan dan berair yang melindungi kulit sehingga 72 jam dan Rose Oil yang melembabkan dan mengekalkan kelembapan kulit. 

Juga mengandungi Bio Hyaluronic Acid yang meliputi permukaan kulit dan untuk memastikan kulit terhidrat sepanjang hari.




6. Wardah Crystal Secret Bright Activating Night Cream




Krim malam ini mempunyai bahan yang sama seperti toner di mana membantu untuk mengekalkan dan melindungi kulit dari penyebab utama kulit kusam. Teksturnya juga lembut dan mudah disapu pada kulit.






7. Wardah Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector




Wardah Crystal Secret Eyes Dark Circle Corrector yang mengandungi Alpha Arbutin dan Niacinamide untuk mencerahkan lingkaran hitam dan eyebag, malah mengandungi Adenosine untuk melicinkan tekstur kulit




Korang boleh dapatkan semua produk ini secara online atau ke drugstore berdekatan.



Post a Comment

0 Comments