PROGRAM PELEPASAN TUNTUNG SUNGAI TAHUNAN OLEH TURTLE CONSERVATION SOCIETY (TCS) BERSAMA WATSONS DI KG PASIR GAJAH KEMAMAN TERENGGANU

 Assalammualaikum..

Pada hujung minggu baru-baru ini, Ida berkesempatan untuk sertai Program Pelepasan Tuntung Sungai yang dianjurkan oleh Turtle Society Of Malaysia bersama dengan Watsons dan diadakan di Astaka Kg Pasir Gajah Kemaman Terengganu.



Kebetulan memang dekat dengan Ida, jadinya Ida berpeluang untuk sertai program ini bersama anak-anak. Ikutkan program ini diadakan dari waktu pagi tetapi Ida datang waktu petang untuk selesaikan sedikit kerja. Macam-macam acara yang diadakan pada waktu pagi itu seperti sukaneka, pameran, aktiviti mewarna, cabutan bertuah dan banyak lagi.





Acara pelepasan tuntung diadakan pada waktu petang, jadi sebelum itu ada sedikit ucapan dari Dr. Chen Pelf Nyok, Executive Director Society Conservation of Terrapins, Tortoises, and Turtles Malaysia, dan Y.B Mohd Hafiz Adam, ADUN dari Air Putih, Kemaman. 


Selepas itu, Ida dapat masuk ke pameran dan belajar sedikit tentang tuntung dan perbezaan antara tuntung dengan yang lain seperti penyu, kura-kura dan lain-lain.




Berat cangkerang ni hampir 10kg tau




Sebenarnya Ida sendiri tak tahu ada acara macam ni sebelum ini. Jadinya bila dah tahu sekarang, pada tahun akan datang insyaallah akan bawa lagi anak-anak ke sini. Anak-anak sendiri memang rasa seronok sangat. Pengalaman yang baru untuk diorang juga.






Dan pihak Watsons juga menjalankan Kempen Kitar Semula botol-botol plastik bagi memberi galakan pada orang ramai untuk mengelakkan berlakunya pencemaran laut. Dengan program ini akan memberi kesedaran kepada semua orang tentang bahayanya pembuangan botol plastik kepada alam sekitar. Jadi setiap pengunjung yang datang bawa bahan kitar semula ini boleh redeem dan mendapat 100ml Naturals by Watsons Argan dari pihak Watsons. 



Pihak Watsons juga telah menyumbangkan sebanyak RM43,500 dan adopt 100 ekor tuntung untuk dibebaskan di sungai. Ida termasuk anak-anak berpeluang untuk lepaskan beberapa ekor tuntung ke sungai. Seronok diorang. Padahal Aqil pada mulanya takut nak pegang. Lepas tu, dia pergi ambil lagi beberapa ekor untuk dilepaskan ke sungai

nampak tak tuntung tu lambai..haha




Jadi jom Ida nak korang juga support dengan membeli Naturals by Watsons Prestige Rose Body Scrub dan RM1 setiap pembelian akan didermakan kepada Turtle Conservation Society Of Malaysia ( TCS) dari 3 Oktober sehingga 31 Oktober 2023






Layari juga laman sesawang Turtle Conservation Society (TCS) untuk ketahui lebih lanjut tentang program ini. 


Post a Comment

6 Comments

  1. datang singgah dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ida lama xsinggah blogwaking sini, bagus program macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..thank sudi datang sini lagi. yes bagus program macam ni

      Delete
  3. Wahhh.. bestnya dapat lepaskan tuntung dan cenderahati dari watsons.

    ReplyDelete
  4. meriahnyer program lepas tuntung nih., hehe

    ReplyDelete