6 TIPS FOR YOUR EMOTIONS

Assalammualaikum..

Teringat pada awal berlakunya covid-19 dulu memang banyak kes bunuh diri kan. Ada yang kehilangan keluarga, kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan, bisnes banyak yang telah ditutup kerana kerugian.

Sekarang semuanya dah semakin pulih tapi masih perlu berhati-hati. Bab kawal emosi ni memang tak mudah dan tak semua boleh atasinya dengan baik. Apa kata cuba tips ringkas ni untuk kawal emosi korang.



1. Habiskan masa tanpa gadget

Zaman sekarang ni gadget memang penting kan sehinggakan ada yang tak boleh satu hari tanpa gadget atau internet. Apa kata kalau buat seketika jika korang dalam keadaan beremosi. Asingkan semua ni dari korang sekejap. Rehatkan badan dan otak. Kalau Ida lebih suka tidur. 

2. Bangga dan terima perasaan seadanya.

Memang susah kalau nak terima apa sahaja emosi atau perasaan yang kita alami. Mungkin dalam keadaan marah atau sebagainya tapi cuba untuk tenang. Yakinkan diri yang korang sudah buat yang terbaik.

3. Luangkan masa dengan duduk dan bernafas

Jika masa itu dalam keadaan marah, cuba duduk seketika dan bernafas dengan tenang dan baik. Boleh juga minum segelas air.

4. Minta pertolongan

Mungkin boleh minta pertolongan daripada orang yang dekat dengan kita. Mungkin juga dengan kawan baik kita sendiri.

5. Lakukan latihan affirmation

Latihan ni memang susah sebenarnya nak buat. Bukan senang nak fokus dengan diri sendiri setiap hari tapi mesti cuba. okay

6. Perhatikan keadaan dalaman kita

Perhatikan apa yang kita alami tu, cuba untuk kawal atau memotivasikan diri sendiri. Jangan sampaikan kita jadi tak keruan atau tekanan. 

Post a Comment

5 Comments

  1. tips yang bagus ni... boleh praktikkan...

    ReplyDelete
  2. Good reminder Nurul. Sometimes kita tak sedar kita ada problem. When the times come, its too late.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas tips yg dikongsi itu.

    ReplyDelete
  4. peringatan untuk kita semua.. thanks ya...

    ReplyDelete