PROGRAM BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SERTA SUKANEKA TAMAN BANDAR PUTRA

Assalammualaikum...

Pertama kalinya, Taman Bandar Putra menjalankan program bersama dengan semua penduduk. Selepas penyebaran covid-19 dulu, memang ramai yang tak dapat berjumpa antara satu sama lain. Sekarang ni alhamdulillah dapat juga jalankan aktivti bersama.



Pada waktu pagi, AJK taman memohon menjalankan program bersama dengan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Dalam ucapan dari ketua bomba, rupanya mereka memang diwajibkan untuk menjalankan program macam ni satu taman atau kawasan setiap tahun. Jadinya rezeki taman kitorang kali ini dapat.






Anak-anak memang teruja sangat sebab dapat jumpa bomba dan naik kereta bomba. Kemudian ada demonstrasi untuk padamkan kebakaran yang berlaku di rumah terutamanya dapur. Jadinya memang tumpuan kepada kaum ibu-ibu la. Ibu-ibu pun diberikan peluang untuk cuba padamkan api kebakaran.










Kemudian anak-anak dapat mandi dengan trak bomba. Wah suka la diorang dapat main air. Seronok tengok diorang macam pesta air dah. Selepas selesai, jamuan makan tengahari disediakan untuk semua penduduk.

Pada waktu petang pula, acara sukaneka diadakan. Pembahagian warna kumpulan dibuat dulu selepas pendaftaran. Tak sangka rupanya memang ramai anak-anak di taman ni tapi masing-masing tak kenal dan jarang berjumpa. Jadi ini la peluang untuk semua orang kenal dan gembira bersama.











Tapi biasa la kanak-kanak ni, ada juga yang nak sekumpulan dengan kakak atau abang diorang. Biasa la tu kan.

Antara acara yang dijalankan adalah:

Kanak-kanak
  • Acara isi air dalam botol
  • Acara bawa bola pingpong dengan sudu
  • Acara sepakan penalti
Kaum bapa-bapa
  • Acara lompat guni
  • Acara tarik tali
Kaum ibu-ibu
  • Acara sarung kain batik berangkai
  • Acara kerusi musik
Berpasangan
  • Acara baling belon air



Macam-macam teknik la masa bermain permainan macam ni. Mana yang salah jalan la, tak bawa span untuk isi air, macam-macam gaya ada. Itu semua kenangan untuk anak-anak.

Kaum bapa-bapa selepas bermain, semua terduduk penat. Lebih-lebih lagi masa main lompat guni. Kaum ibu-ibu juga seronok bermain walaupun permainan simple je tapi sebab belum pernah main sarung kain batik tu, masing-masing jadi blur sekejap. haha. Apa-apa semua have fun sangat.





Hadiah juga diberikan kepada pemenang dan pada yang kalah pun dapat hadiah. Medal kenangan untuk diberikan kepada pemenang tempat pertama sehingga tempat ketiga.




Makanan petang juga disediakan oleh penduduk yang sponsor. Alhamdulillah majlis juga selesai dengan jayanya dalam pukul 7 malam. Agak lewat juga sebab permulaan itu banyak masa untuk pembahagian kumpulan.

Akan datang, insyaallah majlis macam ni akan diadakan lagi untuk eratkan lagi silaturrahim dengan semua kaum penduduk tak kira bangsa.

Post a Comment

5 Comments

  1. Bagus program ni..melibatkan anak- anak kan..gain knowledge about safety..memang bagus didedahkan program macam ni seawal usia...

    ReplyDelete
  2. Meriahnya taman ni siap ada program2 macam ni. Kat taman kita takde pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini pun baru first time buat sebab sebelum ni memang tak berkesempatan

      Delete