KARNIVAL STEM BRIDGE BUILDING COMPETITION 2023

 Assalammualaikum...

Baru sempat nak update blog ni sebab sibuk uruskan review content. Selepas sibuk dengan aktiviti sukan, si Asyraf pula sibuk dengan aktivit lain. Minggu ni dia sibuk dengan projek untuk pembinaan Brigde Building.


Alhamdulillah masa pertandingan peringkat daerah hari tu, team diorang dapat Naib Johan dan terus dapat masuk ke Peringkat Negeri. Kemudiannya mereka bertanding di Imtiaz Kemaman dan akhirnya keputusan diterima pada hari Khamis lepas. Diorang dapat tempat ketiga dalam pertandingan itu. Alhamdulillah..




Bukan senang nak menang sebab banyak sekolah yang hebat dan markah juga dicampur dengan cara presentation diorang juga. Dan idea untuk pembinaan tu pun berlatih berhari-hari untuk bertahan. Terakhir masa diorang berlatih tu dapat tampung berat 63 kg besi dumbell dengan hanya menggunakan batang aiskrim. Hebat anak-anak sekarang kan. 




Tak tahu la macam mana Asyraf boleh masuk dalam pertandingan ini, mungkin kebetulan diorang adik beradik ini memang suka main lego jadinya ada je idea yang keluar. Bab lego ini tak payah cakap la. Penuh atas meja diorang. Berbekas-bekas ada. Itu pun minta beli kan lagi.

Apa-apa pun tahniah pada semua anak-anak. Korang memang hebat. Doa akan jadi arkitek yang berjaya di masa akan datang. 

Post a Comment

0 Comments