PRODUK PENJAGAAN KHAS UNTUK KAUM WANITA DARI ESTABEN

 Assalammualaikum...

Pernah dengar tak jenama EstabenEstaben merupakan produk dari Greece yang memberikan penyelesaian kepada kaum wanita sepanjang masa. Produk-produk dari Estaben ini memberikan fokus terapeutik kepada ibu hamil dan mereka yang mengalami fasa menopause.



EstaVein Gel



Selalunya ibu-ibu hamil mahupun ibu yang berkerja seharian di luar mahupun di rumah akan mengalami sakit kaki yang teramat sangat. Penat menguruskan rumah dan anak-anak malah lebih teruk bila si ibu juga bekerja. Sentiasa bergerak ke sana ke sini. Kadang kala Ida sendiri agak kerap juga sakit kaki dan kadang kala mula kebas di waktu pagi. Jadi gel krim macam ni memang agak membantu Ida melegakan rasa sakit tu.


EstaVein Gel Formula semulajadi yang membantu melegakan, menyegarkan dan meringankan kaki terasa berat dan letih. Ia juga mengandungi bunga Calendula, Salvia dan Hypercium dengan ekstrak Daun Zaitun.


Teksturnya seperti gel yang tidak melekit pada kulit. Malah ia juga berasa sedikit sejuk tetapi tidak terasa panas. Jadi jangan risau. Ia memberikan kesan yang agak cepat juga. Sapukan pada tempat yang terasa sakit dan bila diperlukan.



EstaFirm Cream



Bagi ibu hamil mahupun ibu yang telah melahirkan anak mesti ada mengalami masalah kulit kan iaitu strechmark. Strechmark ini memang susah nak pudarkan dan dalam masa yang sama mengalami masalah kulit menjadi kendur. 

EstaFirm ini membantu kita kaum wanita untuk menegangkan kedutan kulit, kulit kendur dan menghaluskan stretch mark pada payudara dan kawasan lain. Malah ia juga boleh digunakan untuk bahagian perut dan juga bahagian punggung.



Dengan bahan-bahan seperti minyak zaitun dengan ekstrak herba semulajadi seperti hypericum dan spearmint membantu menyihatkan dan memulihkan tisu penghubung untuk mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit.



Tekstur krimnya juga tidak terlalu pekat mahupun terlalu cair dan cepat serap pada kulit. Baunya juga lebih kepada minyak zaitun. Bau mild macam tu.



EstaSooth Cream




Dan kaum wanita juga sering mengalami masalah kulit sensitif atau rasa kegatalan pada kulit. Jadi EstaSooth Cream ini bagi Ida memang sesuai dengan Ida sebab Ida sentiasa rasa gatal terutamanya pada bahagian kaki. Kadang kala sampai jadi luka sebab terlalu mengaru.



Bahan yang menggabungkan calendula dan Hypericum serta minyak zaitun memberikan kesan yang menenangkan, anti-bakteria dan anti-radang. EstaSooth bukan sahaja menyegarkan, menghilangkan bau dan mengurangkan masalah keputihan yang tidak normal dan membantu memulihkan keseimbangan flora faraj


Teksturnya seperti krim cair dan bau minyak zaitun. Ia sesuai untuk bahagian intim dan juga seluruh tubuh badan.

Selain itu, boleh juga gunakan produk lain seperti EstaAV Cream untuk masalah vagina yang kering dan EstaRoid untuk melegakan masalah buasir. 










Jangan risau sebab produk ini:

- Non Pharmacological
Tiada bahan sintetik atau steroid

- Scientifically Documented Herbs
Herba terpilih dan didokumentasikan oleh european and american pharmacopeia.

- Made in Greece 
Natural Ingredients dari Greece.

- Organic
Sumber herba yang mempunyai sijil pengiktirafan. 

- Natural Extraction Process 
Menggunakan kaedah proses pengekstrakan semula jadi dan pengekstrakan maksimum bahan aktif tanpa memusnahkan sifat asalnya.



Semua produk ini boleh di dapatkan di mana-mana farmasi komuniti kecuali EstaVein Gel mudah untuk di dapatkan di cawangan Watson berdekatan. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Pertama kali dengar jenama produk ni. Suka juga produk yang bertekstur gel. Bagus produk organic ni kan.

    ReplyDelete
  2. good sharing..membantu utk mereka yang berkenaan...

    ReplyDelete