PERLAWANAN MSSD BOLA BALING 2023

 Assalammualaikum..

Pada entry Ida sebelum ni Ida banyak update pasal latihan bola baling anak Ida si Asyraf tu dan minggu ni adalah perlawanan sebenar berlangsung.



Dari hari Selasa, team perempuan mula berlawan dulu dan alhamdulillah dapat Johan dan semalam hari Rabu team lelaki lawan dan dapat naib johan. Alhamdulillah..jadi kedua-dua team layak ke pusingan seterusnya yang berlangsung hari ini.

Pagi ini team perempuan lawan dulu dan alhamdulillah menang dan layak ke suku akhir. Tunggu perlawanan pula untuk team lelaki petang ni.





Tak putus doakan untuk kejayaan anak-anak selepas beberapa minggu berlatih setiap hari tanpa henti. Padahal hari sebelum perlawanan, anak Ida demam dan naik ruam kat tangan. Alhamdulillah demam sehari je dah sihat cumanya ruam masih ada. 

Semoga kejayaan akan terbalas buat kedua-dua team bola baling tahun ni.

Post a Comment

0 Comments