BERAKHIR PERLAWANAN BOLA BALING 2023

 Assalammualaikum..

Dah masuk bulan yang baru. Sekejap je masa yang berlalu kan. Tak sedar-sedar dah nak cuti sekolah pula sekali lagi hujung bulan ni.


Bulan lepas anak Ida sibuk dengan perlawanan dan latihan bola baling. Minggu ni pula sibuk dengan nasyid. Tapi latihan hanya dilakukan pada waktu sekolah sahaja. Bulan lepas Ida ada kongsikan yang kedua-dua team dapat masuk ke suku akhir. Dan alhamdulillah team perempuan di nobatkan sebagai Johan dan team lelaki dapat tempat ke-3. Syabas anak-anak. Actually dah lama game tu habis tapi Ida tak sempat nak update sebab tak berapa sihat.







Tak sangka anak-anak akhirnya berjaya juga. Walaupun team lelaki hanya dapat tempat ke-3, at least dah berjaya sampai ke tahap ni. Cikgu-cikgu pun tak sangka sebab tahun lepas tak dapat masuk pun ke suku akhir.





Dan beberapa orang dipilih sebagai wakil untuk ke MSST. 5 orang dari team perempuan dan 2 orang dari team lelaki dapat ke sana. Dan mereka lawan dengan daerah lain minggu lepas dan team perempuan kalah tetapi team lelaki berjaya menjadi Naib Johan. Tahniah pada team Kemaman.



Tahniah pada semua anak-anak yang dah bertungkus-lumus berlatih dan bermain dengan baik.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah...tahniah...
    teringat zaman sekolah rendah dlu, masa tu bola baling ni orang lelaki je main, tak nampak pun orang perempuan main, skrg ni dah ada group perempuan..bagus2..

    ReplyDelete
  2. sama la dgn si bongsu pun esok akan ada final game...

    ReplyDelete
  3. Tahniah semua yang dah bermain sehabis baik dan mendapat tempat juga.

    ReplyDelete