16PERCENT FOUNDED DARI DR NAZIRIN ARIFFIN

 Assalammualaikum...

Dah lama Ida nak kongsikan pasal skincare 16Percent iaitu produk dari Dr Nazirin Ariffin ni tapi tak berkesempatan. Jadi kali ini Ida nak cuba juga luangkan masa nak kongsikan pasal produk ni.

Tak banyak sebenarnya produk local yang Ida suka sebab nya dengan kesan yang diberikan. Dan lagi satu ada sesetengah tu tak sesuai dengan kulit Ida ni. But this time is different. Bagi Ida bagus juga kalau kongsikan dengan uolls semua.



Masa Ida mula cuba hanya menggunakan set travel essential. Packaging kecil macam ni memang sesuai kalau nak bawa pergi travel. Kemudian baru la Ida menggunakan full set dan ada tambahan untuk hilangkan jerawat yang timbul setiap kali 'datang bulan'. Stress tau sebab masa tu kulit akan jadi bump sana sini even tak teruk, kita jadi tak seronok kan tengok kulit kita macam tu.


Selain itu, skincare 16Percent ni juga selamat digunakan oleh ibu-ibu yang mengandung. Semua orang tahu kan ibu mengandung ni tak boleh pakai skincare yang ada kandungan bahan berbahaya yang boleh memberi kesan pada ibu dan anak dalam kandungan. 

Paling menariknya 16Percent skincare ni.


✔Soap free
✔Alcohol free
✔Paraben free
✔Colourant free
✔Fragrance Free
✔Non-comedogenic
✔Gently formulated for the face

Ida suka dengan tekstur yang tak terlalu berbuih dan tak berbau. Bau kosong je tapi mild to skin. Dia ada juga set yang khas untuk kulit yang berjerawat. Dan paling best skincare ni sesuai dengan semua jenis kulit even kulit uolls yang sensitif.

Set yang Ida dapat ini ada sekali dengan Acne Spot Gel untuk masalah jerawat yang timbul masa time period. Ida suka tau Acne Spot Gel ni sebab memang berkesan dalam masa beberapa hari je, jerawat tu dah surut. Tekstur die pula gel yang tidak terlalu melekit.



Selain daripada skincare ada juga set untuk penjagaan badan seperti Essential
Body Wash
dan Essential Body Lotion ni. Sama juga macam set skincare die, tak ada bau seperti perfume. Just mild to skin. Jadinya anak-anak pun sesuai gunakan mandian dan lotion ini.


Macam mana nak dapatkan produk 16 Percent ni?



Hah uolls boleh je beli dekat web, malah ada juga jual di Shopee

Instagram : 16 Percent
Shopee : 16 Percent.co

2 comments:

  1. terbaiklah produk ni. nak cuba tengok2 la di Shopee tu..

    ReplyDelete
  2. 1st time yanie tahu pasal jenama ni. bagus gak ye.. thanks tau sharing pasal produk ni.

    ReplyDelete