CAMPING TIME: PONDOK WARIS CAMPGROUND BENTONG PAHANG

 Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ini berkesempatan nak update blog yang dah lama bersawang ni. Macam mana dengan cuti persekolahan baru-baru ini? Korang ke mana? Minggu terakhir cuti persekolahan baru ni, Ida berkhemah lagi. Kali ini ke Pondok Waris Campground Bentong Pahang. Mulanya nak pergi masa awal cuti sekolah tapi penuh, jadinya minggu terakhir tu baru la ada kekosongan. Awal cuti tu ada kekosongan hanya sehari sahaja. Kalau berkhemah ni tak boleh pergi 2 hari 1 malam, tak puas dan akan rasa penat. Sebaiknya 3 hari 2 malam, baru la ok nak healing atau nak relax kat sana. 


Tempat perkhemahan kali ini memang agak viral, ramai yang review kata best, jadinya kali ini dapat peluang, dapatlah berkhemah di sini. Perjalanan dari rumah Ida ambil masa dalam 3 jam lebih. Kalau dari Kuala Lumpur rasanya lebih dekat.

Kawasan perkhemahan ini terletak di tepi jalan sahaja. Jadinya bagi Ida agak tidak bagus sebab jalan tu laluan jalan raya kenderaan lalu lalang. Bahaya sikit untuk kanak-kanak. Jadinya mak ayah yang bawa anak kecil tu, kena awasi sikit anak-anak. Lebih bagus kalau keluarkan semua barang camping, pasang khemah, baru keluarkan anak-anak kecil dari kereta. Risau kalau anak-anak bermain naik turun tangga situ. 



Kawasan ni agak cantik juga dan selesa dengan plug point pada setiap pokok. Tandas pun ada banyak dan bersih, siap ada kedai runcit kecil lagi kalau nak beli barang keperluan seperti makanan. Makanan mentah seperti ayam pun ada. Kalau tak ada, boleh minta pada owner ( Tok Aki ) untuk belikan. Nak beli ais batu pun ada jual di sini. Harga sama seperti kedai biasa.


kawasan tandas/bilik mandi




tempat untuk siapa nak berkelah

sangkar arnab

Tapi bagi pendapat Ida, kawasan sini agak bising sebab kawasan perkhemahan ini berada di tengah-tengah antara jalan raya. Maksudnya depan belakang jalan raya, jadi memang agak bising sebab kenderaan lalu lalang. Dan sekarang ada pembinaan jalan kereta api yang sedang dijalankan. Kami pilih tapak yang hujung sekali, jauh sikit la dari orang lain untuk lebih selesa. Cuma nak ke tandas jauh sikit la nak berjalan.





sambal sardin

sayur kubis manis

kari ayam guna pes Kari Ayam Ayam Brands

Harga bagi setiap tapak hanya RM30 sahaja untuk setiap khemah. Kalau tak ada khemah boleh juga sewa kat sini, ada sewa pelampung, life jacket, tempat BBQ, meja kerusi, semua ada. Senang kata banyak juga kemudahan yang ada kat sini. Jadinya kalau datang dari jauh, tak perlu bawa terlalu banyak barang..kat sini semua ada cuma kena tambah duit sahaja.haha. Ida bawa semua barang sendiri, jadinya kami hanya bayar duit tapak sahaja.



layan kopi



Kucing kat atas ni memang ada kat sini. Setiap hari ada je dia. Malam pertama tu entah bila masa dia masuk tidur sekali dalam khemah. Time subuh bangun tu ada kat hujung kaki, padahal khemah tutup. Esok malam tak boleh masuk, jadinya esok pagi tu dia masuk tidur dalam khemah. Masa nak balik tengah mengemas pun masih masuk dalam nak tidur sini. haha. 

Kebetulan sekarang ni musim durian jadinya memang banyak la durian ada jual di sini. Di depan tapak perkhemahan ini pun ada pokok durian cumanya masa kami datang, tak ada rezeki buah durian yang jatuh. Tok Aki kata nak makan pergi ambil je kalau ada yang jatuh. Jadinya kami beli durian yang berdekatan dan makan dekat tempat khemah je.






Apa-apa anak-anak have fun kat sini. Pagi-pagi dah terjun mandi sungai selepas sarapan. Bagusnya bawa berkhemah ni anak-anak tak berapa layan gadjet, main mungkin sekejap je masa malam selepas makan sebelum nak tidur tu. Tidur pun awal sebab dah kepenatan main air seharian. 





Kalau nak berkelah kat sini pun boleh, ada juga pondok yang disediakan untuk sehari nak lepak sini. 

FB : Pondok Waris Campground

No tel : 014-330 9033

Post a Comment

7 Comments

  1. wahhh best nyaaaa kalau boleh tag sy tag blogger carnieyz sbb dia sekeluarga pun suka ber camping mcm ni...

    durian tu paling👍👍👍👍

    ReplyDelete
  2. dah lama x camping mcm ni. Nanti bila cuti sek nak try la jln2 kat sini...

    ReplyDelete
  3. cantik tmpt dia..serius kagum dengan parents yg rajin pi camping bawa anak-anak camni..bagus dedahkan diaorang dengan alam sekitar..letak kejap segala gadget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu mewah pun asalkan cukup selesa dah ok..yes betul tu..biarkan diorang jauh sekejap dengan gadjet..

      Delete
  4. Wah seronok berkelah dapat pergi ni best boleh healing tengok pokok2 hijau

    ReplyDelete