SIBUK DENGAN JADUAL MINGGU UJIAN PERTENGAHAN DAN LATIHAN BOLA BALING

Assalammualaikum..

Hari ini sudah hari ke-3 kiddos menjalani ujian pertengahan sekolah. Dalam masa yang sama juga sejak minggu lepas, si Asyraf ada latihan bola baling setiap petang di Kompleks Rakan Muda sehingga jam 6. Malam pula ada tuisyen setiap 3 hari seminggu. 



Dah masuk darjah 6 memang agak padat sikit jadualnya dari tahun lepas. Minggu lepas sibuk dengan latihan bola tampar, tak pasal Mummy pun sama terjebak tolong latih anak-anak walaupun sekejap sebab tiada cikgu yang mahir. Terpaksa jemput orang luar yang bukan cikgu iaitu cikgu tuisyen Asyraf sendiri. Dia mahir dengan bola baling dan bola tampar. Cumanya bola tampar tak ada cikgu yang mahir jadinya cikgu tuisyen minta Ida tolong sekali. Ida tak la bagus sangat bola tampar ini walaupun wakil sekolah dulu sebab lebih pada bola jaring tapi boleh la nak serve dengan ambil bola tu.haha


Perlawanan bola tampar Ida ada datang juga tapi tiada rezeki. Anak-anak kalah kedua perlawanan, markah tak jauh sangat pun. Ok la tu at least takde la sampai markah kosong.

Dalam masa yang sama, Asyraf ada latihan untuk lompat tinggi. Aduh banyak sungguh sukan yang masuk termasuk bola sepak. Betul ikut Mummy aktif sukan dulu. hahaha. Bab pelajaran tu la yang risau walaupun ada nampak dia study..pergi tuisyen. Tapi yelah risau dia tak dapat catch up pelajaran sebab asyik latihan sukan dengan nasyid.













Si Aqil memang takde latihan sukan lagi sebab darjah 3. Selalunya bila dah masuk darjah 4 ke atas ni memang sibuk la dengan sukan. 

Ikutkan perlawanan selepas ujian dalam minggu depan. Hope anak-anak menang nanti sebab kalau team perempuan tahun lepas dapat sampai wakil negeri 2 orang budak. Team lelaki yang kalah jadi hope tahun ni diorang dapat menang. Kesian tengok anak-anak dah penat berlatih dari awal tahun.




Post a Comment

4 Comments

  1. InsyaAllah…moga ada rezeki menang tahun ni 💪🏼
    Apa pun, dalam tiap perlawanan mesti ada kalah menang. Kalau kalah, jangan putus semangat. Yang penting dah usaha sehabis baik.

    ReplyDelete
  2. ya laa ke mana tumpahnya kuah kalau tak kat langkawi, kan? hehehe bagus laa kedua-duanya aktif bersukan. mana tahu kan suatu hari nanti ada rezeki wakil negara. aminnn

    ReplyDelete