CAMPING TRIP DI TERATAK PAK BUSU GAMBANG PAHANG

 Assalammualaikum.. 

Ke mana korang masa cuti sekolah ni? Mungkin ada yang balik kampung kan atau bercuti di mana-mana tempat yang menarik. Cuti sekolah kali ini Ida pergi camping selama 3 hari 2 malam di Teratak Pak Busu dengan 2 keluarga yang lain. 


Agak berbeza sikit la percutian kali ini berbanding percutian sebelumnya. Kalau bercuti sebelum ini selalunya akan tidur di hotel atau di homestay tapi kali ini kitorang tidur dalam khemah. 

Teratak Pak Busu ni terletak di Gambang Pahang. Kalau perjalanan dari rumah Ida masa lebih kurang 2 jam sahaja. Perjalanan kami dari pagi dan sampai sebelum tengahari macam tu, dah bekalan makanan semua masak siap-siap kat rumah untuk makan tenghari. Jadinya sampai sana cuma perlu pasang khemah, tak perlu kelam kabut nak memasak lagi. 


Nak keluar dari situ ada je kedai tapi kedai runcit kampung, tak besar mana. Bekalan memasak semuanya kitorang bawa dari rumah, letak dalam peti box ais supaya masih kekal segar dan tak busuk. Kat sini dah ada semua kelengkapan nak memasak, periuk nasi termasuk gelas dan pinggan. Cumanya bagi Ida uolls boleh je bawa sedikit pinggan atau gelas dari rumah, sebab biasanya tempat camping macam ni ramai dah pakai dan nampak agak lama. Bukan bermaksud tak boleh pakai..sebelum nak guna tu uolls kena basuh balik sebab dapurnya terbuka. 


Setiap teratak berbeza mengikut harga ya. Keadaan dapur die pun tak sama. Uolls boleh check dengan orang yang jaga situ sendiri nanti. Dah jangan lupa pastikan uolls nak pergi tengok juga ramalan cuaca sebagai langkah berjaga-jaga. Risau nanti uolls nak berkhemah jadi tak seronok dalam keadaan hujan. Kena duduk dalam khemah je. Dan lagi susah nanti nak bersihkan khemah. Oh kalau uolls takde khemah nak sewa kat sini pun ada. Harga ikut pada saiz khemah yang korang nak. 

Day 1 

Sebab hari pertama tu tak memasak jadinya kitorang siapkan khemah, hidangkan makanan je. Anak-anak macam biasa la..terjun dalam sungai je. Sungai tak dalam dan ada depan teratak je. 



Tapak PERINDU




Jadinya sambil rehat kat teratak atau memasak kat dapur memang boleh nampak anak-anak mandi kat bawah. Malamnya Ida cuma masak steamboat oden dan bakar ayam dan daging yang dah diperap dari rumah. Tempat membakar dah ada di sana. 


Kipas yang Ida guna ni pakai bateri atau boleh je pakai USB 

Oh lupa nak bagitahu, di sini tiada bekalan elektik ye. Ada generator yang dipasang. Akan dibuka dan ditutup pada masa tertentu, jadinya uolls kena tanya masa buka tu. Masa tu la uolls boleh gunakan elektik untuk memasak nasi, charge hp,lampu dan kipas. Pastikan juga kipas bawa lebih sebab nak tengahari tu agak panas. Kalau siapa ada anak kecil agak kesian dekat diorang nanti. 

Day 2 

Pagi tu kitaong sarapan buat nasi goreng lebihan nasi yang dimasak semalam dan goreng nugget, semua sedikit. Anak-anak bangun pagi terus ke sungai mandi..hahah. Dah naik makan sarapan terjun balik. 

Kat tapak Ida ada buaian

View dari dalam khemah. Time ni rehat waktu sebelum nak masak tengahari

Tengahari tu makan lauk sardin dan ada goreng ikan sedikit. Kebetulan pula family satu lagi ada bawa rendang ayam yang telah dibekukan. Jadi kitorang panaskan je. Goreng sedikit kailan dan telur dadar. Ada sambal belacan..dah settle. 



Malam tu makan lebihan tengahari tu dan bakar ayam dan ikan lebihan semalam. Aktiviti malam tak banyak, anak-anak pun tidur awal dalam pukul9 lebih macam tu sebab dah keletihan seharian mandi sungai.hahaha. Ambil masa sekejap je diorang main sebelum tidur. 

Keadaan malam hari

Time ni waktu subuh, memang anak-anak kesejukan waktu ni. Nak suruh bangun solat subuh pun mengigil diorang sejuk siap suruh tutup kipas


Day 3

Hari last nak balik dah. Sarapan Ida masak mee goreng, goreng sedikit kentang dan buat sandwich sardin lebihan sardin semalam. Tenghari tu buat sup ayam, ayam goreng, sambal petai, daun salad, timun jepun dan goreng telur dadar. Simple je kan. Makan dengan sambal belacan. 


Check out dalam tengahari jadinya awal pagi tu, dah siap khemas sikit demi sikit masukkan barang dalam kereta. Buka khemah semua supaya nanti tak kelam kabut dan penat. Lepas tu dah siap semua kemas tu, ngam-ngam pula ada orang lain nak stay situ. Kitoang pergi lepak kat tapak khemah sebelah.hahaha. Budak yang jaga sana tu bagi kami lepak solat dan berehat sebelum balik. Dah siap semua, lepas Asar kitorang bertolak ballik. Uolls kalau rapat dengan budak jaga tapak tu, insyaallah mudah je trip korang. Dia pun banyak tolong belikan ais, arang semua kat luar. 

Tapak sebelah kitorang sini 2 tingkat dan ada gelongsor 

Actually kalau nak tambah sehari lagi berkhemah pun ok je. Cumanya tak selesa bagi kita la kaum perempuan nak mandi semua sebab tandas nya kongsi dan ada setempat je, 2 tandas dan 1 bilik mandi. Tandasnya jauh sikit dari tapak khemah, kena keluar sikit dari pintu gerbang die dan dalam kawasan hutan. Lupa plak nak ambil gambar.

Kami kaum ibu-ibu..hahaha

Jadinya kalau nak ke sana kena berteman la ye kite ni kaum perempuan. Kalau malam kena bawa lampu ke sana walaupun ada je lampu solar kat situ. Tapi Ida dalam tandas tu je mandi, senang.haha 


Masa nak ke sini dah warning anak-anak no gadjet ye untuk main game atau youtube. Bawalah apa-apa pun board game ke bola untuk main kat sana. Satu sebab nak jimatkan bateri tel..dan satu lagi tak de gunanya berkhemah kalau anak-anak terlalu dengan gadjet kan. Tak bergaul dengan orang lain. Itu je. 


Kalau yang nak tahu pasal barang-barang khemah semuanya beli kat Shopee je. Entry akan datang insyaallah Ida akan share kan semua barang ye termasuk khemah kitorang. Ada 2 ruang..memang besar dan selesa.

Boleh klik sini tengok video Ida di sana : https://youtu.be/QXsHE1kOsb0


Uolls nak ke sini boleh la check kat FB page diorang.

FB Teratak Pak Busu : Teratak Pak Busu

Post a Comment

0 Comments