RESEPI MAKARONI KACANG PANGGANG DENGAN CENDAWAN AYAM BRAND

Assalammualaikum.. 

Ayam Brand salah satu produk yang dikenali ramai. Siapa tak kenal tipu la. Kali ini Ida nak share pasal produk kacang panggang dari Ayam Brand. Ada 3 jenis kacang panggang ni iaitu biasa, ringan dan keju. Selalunya kita akan makan sarapan ala-ala barat ni waktu pagi kan sedangkan ia sesuai juga nak makan waktu lain. 


Tahu tak?  

Ayam Brand menggunakan kacang Haricot Utara yang berkualiti tinggi yang terpilih khas untuk rasa dan teksturnya. Malah ia bebas bahan pengawet makanan dan MSG serta rendah dalam kandungan gula dan garam. Dan yang paling penting ia mengandungi protein tumbuhan dan serat ia tinggi menjadikan ia lebih sedap serta mudah disediakan. 


Kandungan protein membantu membina, menguatkan dan memulihankan otot selepas bersenam. Kandungan seratnya pula membantu melambatkan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan jana tenaga yang mencukupi sepanjang hari. Ia juga mengandungi zat besi, likopena dan folat. 


Jadi hari ni Ida nak kongsikan resepi mudah menggunakan kacang panggang dari Ayam Brand ni. 

RESEPI MAKARONI KACANG PANGGANG DENGAN CENDAWAN AYAM BRAND


Bahan-bahan

  • Kacang panggang Ayam Brand 
  • Tomato cincang Ayam Brand 
  • Cendawan 
  • Lobak merah 
  • Sedikit ayam dipotong dadu 
  • Bawang putih dan bawang merah yang dicincang  
  • Cili boh
  • Sos cili
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit black pepper
  • Sedikit mix herbs

Cara-caranya

1. Rebus dulu makaroni sehingga agak lembut. 

2. Tumis bawang putih dengan bawang merah dengan sedikit minyak. Masukkan ayam yang dipotong dadu tadi. 

3. Masukkan sedikit cili boh untuk rasa pedas, sos cili untuk sedikit manis. Dan jangan lupa untuk masukkan tomato cincang Ayam Brand. 

4. Masukkan lobak merah dan cendawan. Biarkan mendidih. Last sekali baru masukkan kacang panggang.  

5. Letakkan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam. Nak lebih herbs letakkan Itallian herbs atau mixed herbs terpulang kat uolls. 

6. Masukkan makaroni yang direbus tadi. Kacau sedikit dan siap dihidang. 

7. Uolls juga boleh cuba letak cheese kat atas dan bakar. Makan panas-panas..sedap tau.


SELAMAT MENCUBA

Post a Comment

1 Comments