BERMAIN SAMBIL BELAJAR MATEMATIK DI CALCULATORS.ORG

 Assalammualaikum...


Sejak bermulanya pandemik pada awal dulu memang nak banyak terkesan bab pembelajaran ialah anak-anak yang baru nak mulakan persekolahan. Masa itu hanya dapat belajar melalui online sahaja. Tidak dapat bersemuka dan memang sedikit sebanyak anak-anak memang langsung tak dapat nak catch up semua pembelajaran.

Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang mak ayah mereka bekerja. Tidak ada masa untuk mengajar anak-anak. Malah anak-anak kebanyakkan hilang fokus untuk belajar sebab bermain permainan handphone di rumah.


 
Apa kata kita tukar pada permainan yang lebih baik, dalam masa yang sama anak-anak dapat belajar subjek matematik dengan sangat mudah.

Ada banyak je permainan pembelajaran percuma cuma kita kena banyak mencari. Jadinya Ida nak kongsikan permainan sambil belajar dari Calculators.org

Banyak tau permainan yang best dalam ni, malah Ida pun suka main kadang kala. Ia dapat mengasah lagi minda kita. Si kiddos pun seronok dapat main, dan diorang memang suka permaianan macam ni. Dah la seronok, dapat belajar dan mengira matematik dengan lebih baik, permainan pula percuma tak perlu bayar pun untuk langgan.

Ini antara permainan yang menarik untuk main setakat masa ni.

MATH BOY



Permainan pengiraan untuk anak-anak. Korang perlu lawan dengan mengira supaya tak diserang oleh kelawar tu. Ada tambah, tolak, darab dan bahagi.






Permainan ni akan keluar kad flash lepas tu korang kena ingat dan match kan. Agak susah juga la sebab cepat dan ada masanya.



Masa ni la boleh ajar anak-anak sifir. Pilih je sifir mana yang uolls nak jawab, lepas tu tarik jawapan dia ke dalam kotak kosong.





Ida suka main sudoku ni. Kadang pening juga dan silap sebab nak aturkan nombor die supaya tak bertindih. Boleh pilih level die, siapa suka pemainan ni mesti suka nak main.



JADI JOM LA MAIN PERMAINAN PERCUMA NI. ANAK-ANAK AKAN BERASA SERONOK SAMBIL DAPAT BELAJAR DAN ASAH MINDA DIORANG.

Post a Comment

0 Comments