AMALAN 10 MUHARAM

10:24:00 AM

Assalammualaikum..


Salam 10 Muharam buat semua kawan-kawan yang beragama Islam dan selamat berpuasa. Uolls dapat berpuasa tak hari ni?


Ida tak dapat berpuasa sebab sejak semalam sakit perut dek makan banyak cili.hahaha. Ida masak fettuccine carbonara letak cili padi sebab nak bagi rasa pedas. Jadinya memang Ida makan sekali la cili padi tu. Semalam sarapan masak nasi goreng cili kering pula..mana tak pedih perut.hehe

Jadi hari ini Ida nak kongsikan sedikit pasal 10 muharam ni.

SALAM 10 MUHARAM

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam.

Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh.

Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. 

Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat.

𝐍𝐈𝐀𝐓 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌 ( 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀)

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ سُنَّةِ ِعَا شُورَاء لِلهِ تَعَالَى

“Aku berniat puasa sunat Asyura esok hari kerana Allah SWT.”

𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀:-

1.la Merupakan Hari Kesyukuran.

2.Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

3.Menghormati Peristiwa Besar

4.Doa Tidak Akan Ditolak

Rasulullah SAW bersabda: 

Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”

~Riwayat Bukhari dan Muslim.

𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀:-

1.Bersedekah kepada fakir miskin.

2.Memperbanyakkan bacaaan berikut:-
zikir tasbih hari asyura

Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir 

3. Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka).

4. Melapangkan masa serta memberi belanja anak dan isteri.

Semoga Bermanfaat

You Might Also Like

1 penggomen