D'MENC PENYEGAR FABRIK DAN UDARA DARI AFY HANIFF

Assalammualaikum...

Bagi seorang surirumah memang penjagaan di dalam rumah menjadi tanggungjawab kita kan. Terutamanya bab nak hilangkan bau pada sofa, karpet, langsir dan sebagainya.

Bukan senang tau nak hilangkan bau hapak atau bau asap makanan dari dapur atau luar. Nak tak nak kita terpaksa basuh.

Kali ini Ida nak memperkenalkan produk dari AFY Haniff iaitu D'menc yang membantu menyegarkan fabrik dan udara sekaligus dalam masa yang sama dapat membunuh 99.9% kuman!!


Produk ini dilengkapi dengan Malodour Countreactant Technology yang berfungsi untuk mengekalkan bau wangi berpanjangan sehingga 8 jam!! Menarik kan?

Kita ni memang setiap hari akan memasak dan secara tak langsung memang bau makanan di dapur akan menyerap pada langsir dan bahagian yang lain. 


Kalau karpet memang anak-anak kadang kala akan tumpahkan air dan sebagainya terutamanya bagi mereka yang ada anak kecil. Kalau kain mungkin mudah untuk kita basuh tapi kalau karpet, bukan senang nak basuh. Melainkan terpaksa hantar dobi dan kos basuh karpet juga bukanlah murah.


Apa yang bestnya tentang penyegar fabrik dari D'menc ni?


Kebanyakkan fabrik di rumah kita tak dapat nak membasuhnya selalu kan. Mungkin beberapa bulan sekali baru la dapat membasuhnya dek kesibukan mak-mak yang seharian uruskan rumah. 

Jadi produk ni dapat membantu menyegarkan semula fabrik hanya semburan tanpa perlu basuh. Dan jangan risau produk D'menc ini dapat membasmi bakteria dengan sangat baik. Jadi mudahkan mak-mak macam kita ni nak urushkan rumah betul tak.

Ia terdapat dalam 4 wangian iaitu LAVENDER, VANILLA, STRAWBERRY dan LEMON dan Ida paling suka bau lavender dan lemon. Wangi sangat sampaikan si anak minta nak sembur dalam bilik diorang.


Nak tahu tak apa lagi kelebihan lain penyegar fabrik D'menc ini?

KELEBIHAN PENYEGAR FABRIK DAN UDARA D'MENC

1. Tidak meninggalkan kesan pada fabrik

2. Meresap ke dalam fabrik dan  menghilangkan bau hapak dan menyegarkan

3. Cepat kering (kurang 6minit) selepas disembur pada fabrik

4. Menghapuskan bakteria penyebab bau (bakteria peluh)

5. Tidak meluntukan fabrik berwarna dan tidak meninggalkan kesan pada fabrik

6. Bauan segar yang tahan lebih 8 jam pada fabrik

7. Parfum didatangkan dengan malodour counteractant technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera

Nak dapatkan produk AFY Haniff ni boleh ke laman sosial mereka atau boleh terus beli di Shopee

Facebook : AFY Haniff

Instagram : @afyhaniff




Selain itu juga Ida nak ingatkan supaya simpan produk seperti ini jauh dari mata anak-anak tambahan kalau anak masih kecil. 

Jangan simpan produk ini di bahagian bersuhu tinggi atau terdedah dengan cahaya matahari. Jika terkena pada semburan ini pada mata, basuh dengan air mengalir selama beberapa minit.


Keselamatan perlu diutamakan juga ye al maklum lah kan penyegar fabrik D'menc ini memang sangat wangi!

Post a Comment

1 Comments