BAHAGIA CARA KITA BY SYIRA LOKMAN

Assalammualaikum..

Memang agak lama juga kan Ida tak dapat nak update blog ni. Memang mood agak ke laut sekarang ni. Semenjak laptop rosak..jadi feel nak menaip tu rasa tak best. Kalau hp ni memang agak sibuk dengan content dalam media sosial jadinya sampai tak sempat nak menulis blog.


It's OK.. at least ada juga ingat nak update blog ni sebab blog ni la yang mula-mula menjadikan diri Ida sekarang. Dari tak pandai nak menulis..sikit-sikit belajar buat review dan sekarang ada je pihak yang nak berkerjasana review barang diorang alhamdulillah. 

Kali ni Ida nak review sebuah buku dari karya blogger juga iaitu Syira Lokman. Sekarang die dah jadi penulis buku motivasi dan dah keluarkan beberapa buku yang agak meletop juga. 


Ida dah lama sebenarnya usha buku-buku Syira Lokman ni tapi tak berkesempatan nak beli. Kebetulan Ida ada masuk giveaway hari tu..itu pun sebab blogger Zaza Iman tag Ida. Ida just jawab soalan by my heart dan tak sangka dapat menang buku Bahagia Cara Kita ni.

Ida masih belum baca habis tapi pada pendapat Ida buku ni sangat menarik. Ida memang suka baca buku motivasi macam ni sebab ia menaikkan semangat..hilangkan rasa gelisah dan sedih dalam hati. Setiap orang ada masalah sendiri kan sehinggakan sampai satu tahap die akan diam pendamkan diri sahaja sebab dah terlalu penat.

Sebab itu la Ida kata buku ni sangat bagus dan menarik. Sangat sesuai bagi mereka untuk kuatkan semangat agar lebih rasa bersyukur. Setiap orang mungkin ada cara tersendiri nak rasa bahagia. Mungkin hanya dengan makan aiskrim pun akan rasa bahagia kan??


Dalam buku ni bukan sahaja ada kata-kata semangat malah ada tips dan doa yang korang boleh amalkan.


Jadi siapa nak dapatkan buku ni dan tanda tangan dari Syira Lokman sendiri. Boleh terus dm kat IG okay

Post a Comment

1 Comments