HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SEBELUM HARI RAYA

Assalammualaikum...

Alhamdulillah lagi beberapa hari kita akab menyambut bulan Syawal. Hari ini juga hari terakhir persekolahan anak-anak untuk sambut Syawal tak lama lagi. 

Hari ini juga mesti ada yang dah mula pulang ke kampung memandangkan hari Ahad ni jatuh cuti Hari Perkerja. Wah sakan la cuti raya tahun ni ye selepas dah 2 tahun tak beraya kat kampung halaman.

Ida akan beraya di rumah je..akan pulang ke kampung lewat sikit. Raya kan sebulan. Lagipun bukan nya dekat kampung  Ida..kat Kedah sana tu. Tambah ramai yang dah akan mula balik kampung..wah memang jam la. Kalau selalu balik sana 12jam..mau boleh lajak sampai 20jam kalau jam.hahahsha.

Lagipun Ida dah balik bulan 10 tahun lepas. Bukan balik beraya tapi jumpa keluarga kat sana la.


Hari ni juga kat sekolah kiddos ada Majlis Khatam Al-quran. Alhamdulillah..si abang terlibat untuk majlis ni. Last minit cikgu bagitahu nak berbaju melayu dan bersampin. Jenuh nak mencarinya sebab dah lama tak beli baju melayu..selalu beli kurta. Nasib la ada baju lama walaupun singkat sikit. Sampin pula pinjam kat jiran tapi dia kata ambil terus je sebab anak dia dah tak pakai. Alhamdulillah rezeki dapat sampin percuma  


Untuk murid yang lain ada petandingan mewarna. Jadinya memang semua hari ni persekolahan pagi. Japan tadi sesak dengan kereta nak ambil anak balik sekolah.


Kesempatan ni juga Ida nasihatkan berhati-hati di jalan raya bagi yang dah pulang ke kampung. Jangan lupa jaga SOP dan pakai mask ye kalau berhenti di Rnr. Memamg akan full house la nanti. Bawalah keperluan kecemasan.

Take care.

Post a Comment

3 Comments

  1. mcm kakak di Bangi tu pun balik kelate pd 2 syawal sbb dia x nak jem d atas jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul abam kie..nak menghadap jem memang penat. Dulu balik time raya..pagi raya tu mandi kat rnr je. Terus balik umah tok..letih.huhu

      Delete
  2. Selamat kembali ke sekolah lepas raya

    ReplyDelete