HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN SEBELUM HARI RAYA

Assalammualaikum...

Alhamdulillah lagi beberapa hari kita akab menyambut bulan Syawal. Hari ini juga hari terakhir persekolahan anak-anak untuk sambut Syawal tak lama lagi. 

Hari ini juga mesti ada yang dah mula pulang ke kampung memandangkan hari Ahad ni jatuh cuti Hari Perkerja. Wah sakan la cuti raya tahun ni ye selepas dah 2 tahun tak beraya kat kampung halaman.

Ida akan beraya di rumah je..akan pulang ke kampung lewat sikit. Raya kan sebulan. Lagipun bukan nya dekat kampung  Ida..kat Kedah sana tu. Tambah ramai yang dah akan mula balik kampung..wah memang jam la. Kalau selalu balik sana 12jam..mau boleh lajak sampai 20jam kalau jam.hahahsha.

Lagipun Ida dah balik bulan 10 tahun lepas. Bukan balik beraya tapi jumpa keluarga kat sana la.


Hari ni juga kat sekolah kiddos ada Majlis Khatam Al-quran. Alhamdulillah..si abang terlibat untuk majlis ni. Last minit cikgu bagitahu nak berbaju melayu dan bersampin. Jenuh nak mencarinya sebab dah lama tak beli baju melayu..selalu beli kurta. Nasib la ada baju lama walaupun singkat sikit. Sampin pula pinjam kat jiran tapi dia kata ambil terus je sebab anak dia dah tak pakai. Alhamdulillah rezeki dapat sampin percuma  


Untuk murid yang lain ada petandingan mewarna. Jadinya memang semua hari ni persekolahan pagi. Japan tadi sesak dengan kereta nak ambil anak balik sekolah.


Kesempatan ni juga Ida nasihatkan berhati-hati di jalan raya bagi yang dah pulang ke kampung. Jangan lupa jaga SOP dan pakai mask ye kalau berhenti di Rnr. Memamg akan full house la nanti. Bawalah keperluan kecemasan.

Take care.

RESEPI VIETNAM ROLL SEDAP DENGAN RASA LUAR BIASA

Assalammualaikum...

Sepanjang Ramadhan ni agak sibuk juga tambahan tahun ni juga si Aqil bersekolah waktu petang, pagi ada kelas KAFA. Si abang pula sekolah pagi,kelas KAFA petang. Kelas KAFA pun tak sama ikut pada tahun pelajar. Jadinya Ida pagi petang memang keluar masuk la rumah. Si abang sekolah, pergi hantar adik KAFA. Balik KAFA hantar adik sekolah pastu tunggu abang die balik sekolah. Dah ambil abang,hantar abang dia pula KAFA. Fuhh..

Semalam untuk berbuka Ida try buat vietnam yang viral tu. Beli kat kedai memang agak mahal juga la. Mungkin sebab udangnya tapi ada je peniaga letak udang kecil je tapi harga mahal.huhu


Resepi ni Ida dapat dalam blog sishawa. Thank you for sharing this recipe.

RESEPI VIETNAM ROLL SEDAP

Bahan-bahan :

- Udang yang telah direbus (Ida tak guna sebab tak beli udang..hehe)
- Isi ketam - dicelur
- Lobak merah potong memanjang-dicelur
- Timun potong panjang
- Suhun yang dicelur sampai lembut
- Daun salad cuci bersih
- Daun pudina yang ditanam belakang rumah.hehe
- Rice paper


Bahan-bahan kat atas ni semua untuk roll dia tau. Ikut selera korang nak letak sosej pun boleh takde masalah. Untuk rice paper tu korang celur dalam air masak sebelum nak buat. Kejap je macam alis-alis sikit je.

Bahan untuk sos luar biasa

- 2 ulas bawang putih dicincang
- 4 biji cili padi dicincang
- Daun ketumbar (ida guna daun ketumbar thailand yang ditanam sendiri) dicincang sederhana halus
- 2 sudu besar Sos ikan/sotong thai
- 1/2 cawan Sos cili thai manis (ikut hidangan uolls)
- 1/2 cawan air masak (ida letak sikit juga sama dengan sos cili tadi)
- 1 sudu besar jus limau




Ini semua bahan untuk sos dia. Semerbak bau dalam peti ais.hahaha

Terhasillah vietnam roll ni walaupun rupa tak berapa cantik. Ada gemuk la..memanjang la yang penting puas hati makan..inti banyak.haha. First time buat ok la kan buat makan sendiri. Bukan nak jual.hehe Kalau kat kedai selalunya orang jual inti sikit..lepas tu dia potong dua roll tu.

Bahan-bahan dia mudah je kan. Uolls simpan je dalam peti. Masa nak makan baru keluarkan. Cuba la..lepas ni confirm buat sendiri je..hahaha

Selamat mencuba!

KATA MADAH 63#

Assalammualaikum...




" BEKERJA KERAS DAN BERSIKAP BAIK MAKAN HAL-HAL MENAKJUBKAN AKAN TERJADI "


Apa yang kita lakukan, lakukan la dengan ikhlas, dengan tekun dan bersikap la baik. Insyaallah semua itu akan datang hasilnya. Jangan terlalu sombong dengan nikmat yang kita terimas. Semuanya hanya sementara.


BORONG WETFOOD UNTUK SI BULUS

Assalammualaikum...

Dua minggu lepas Ida ada borong wetfood untuk si bulus sejak beberapa minggu diorang tak dapat makan sebab Ida kuarantin awal tahun ni. Keluar bagi diorang makan dry food je lepas tu cepat-cepat masuk bilik. Taknak lama-lama kat keluar. Bersihkan sangkar diorang sepantas kilat..hahaha.


Kali ni Ida saja beli wetfood di Lazada..ntah kebelakangan ni suka pula beli kat Lazada. Ada beberapa item beli juga kat Shopee sebab kadang Lazada takde barang yang Idq cari.

Selalunya beli je wetfood kat kedai. Harga dia lebih kurang je..cumanya pilihan tak banyak. Jenama biasa yang Ida beli kat kedai sama harga dengan harga wetfood branded yang Ida beli kali ni. So kita try jelah beli je.

Ida suka jenama Snappy Tom ni sebab tekstur die halus dan mudah nak campur dengan dryfood. Bau ikan die pun lebih bagus. Dulu Ida pernah dapat free sample die so sebab tu la Ida repeat beli pula kali ni.


Si bulus ni kalau tau je nak bagi wetfood laju la diorang..bunyia aja..tak menyempat nak makan. Dapat makan senyaplah. Kalau hari-hari wetfood tak boleh jugak. Botak kepala den nak cari duit pula..kih..kih..

See on my youtube :


Siapa nak beli wetfood ni boleh klil kat link no ye

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Assalammualaikum...

Hari ni masukkan awal ramadhan yang kita sangat rindukan. Alhandulillah hari ni Ida sempat menyambut Ramadhan pertama. (siapa perempuan mesti faham ye..hehehe).


Dan alhamdulillah juga semalam Ida sempat juga berkelah dengan famili buat bakar-bakar sikit kat pantai. Cuaca pun macam tak berapa panas..nak dekat tengahari tu alhamduliklah hujan berkat turun nak menyambut Ramadhan sedangkan dah beberapa minggu  panas terik dekat sini. Setiap hari buka aircond sebab terasa bahang die..sampaikan dalam rumah pun macam sauna rasa 

Hari ni pun hujan turun agak lebat dari subuh tadi. Dan esok akan bermula juga persekolahan baru untuk anak-anak yang baru masuk sekolah menengah.

Aktiviti bulan ramadhan ni??

Macam biasa nak fokuskan pada ibadah dan heal my heart..hahahaha. Just terapi diri sahaja. Kuatkan iman agar tidak terpesong pada akhir zaman ni.

Di kesempatan ini juga Ida nak ucapkan Salam Ramadhan al mubarak buat semua rakan-rakan yang selalu menyinggah blog Ida yang tak seberapa ni. Sejak laptop rosak ni..mood nak menaip ke laut. Jadi tak best nak menaip guna Hp..hahaha. insyaallah kita kuatkan semangat juga menaip ye...

SALAM RAMADHAN SEMUA...
SEMOGA BULAN MULIA KALI NI MEMBERI BERIBU-RIBU KEBERKATAN KAT UOLLS SEMUA...AAMIIN